Khabar duka, Kakitangan RTM Nurul Hayati meninggal dunia dalam kemaIangan kereta bertembung. Salam takziah buat keluarga

SEREMBAN: Petugas Jabatan Penyiaran Malaysia maut dalam kemalangan di Jalan Seremban-Kuala Pilah, dekat Bukit Putus, 6.23 petang tadi.

Mangsa, Nurul Hayati Mohammad, 44, Penolong Akauntan di Jabatan Penyiaran Malaysia, Negeri Sembilan, m4ut di tempat kejadian.

GAMBAR DAN VIDEO KEMALANGAN DI BAWAH SEKALI

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Senawang, Rudi Hartono Mohd Yasin, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 6.36 petang.



“Sejurus tiba, kami mendapati terdapat seorang mangsa wanita tersepit di tempat duduk pemandu dan sudah meninggal dunia.

“Kemalangan membabitkan dua buah kereta,” katanya di sini, hari ini.

Khabar duka, Kakitangan RTM Nurul Hayati meninggal dunia dalam kemaI4ngan kereta bertembung. Salam takziah buat keluarga

Kemalangan membabitkan dua kenderaan di Seremban-Kuala Pilah, dekat Bukit Putus, petang tadi. Gambar kecil, Nurul Hayati. – NSTP/Mohd Amin Jalil

Rudi Hartono berkata, mangsa dari arah Seremban menuju ke rumahnya di Kampung Kuala Rembang Panas Juasseh, Kuala Pilah, bertembung dengan kereta dari arah bertentangan.

Beliau berkata, seorang wanita berusia 40-an satu lagi kereta cedera ringan, manakala seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, patah kaki.



“Mangsa yang maut dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk bedah siasat,” katanya.

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan m4ngsa.

Sumber BH

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih