Kisah Allahyarham Nik Aziz yang kesuntukan duit

Kisah Allahyarham Nik Aziz yang kesuntukan duit
Seorang pemimpin Pas mengimbas balik kenangan mengenai watak dan personaliti bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat Nak sebagai pemimpin yang bersih.

Kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Dr Azman Ibrahim dalam satu perkongsian, kalau hendak menjadi seorang pemimpin yang berjaya dan disayangi, tidak semestinya mempunyai banyak wang seperti yang ditunjukkan oleh bekas Presiden Pas itu.

“Semoga Allah merahmati Almarhum Tok Guru yang telah mendidik kita dengan erti dan makna sebenar kehidupan ini,” katanya.

Mengongsi lanjut kisah Nik Aziz, beliau berkata bagaimana pemimpin Pas itu pernah pergi ke tempat kenduri.

Ujarnya, apabila hendak balik beliau pergi bersalam dengan tuan rumah sambil bercakap dengan lemah lembut, “Mintak maaf banyok, ambo tak dok pitih…Allah…

mengalir air mata tuan rumah. Dia jemput Tok Guru mari kenduri bukan kerana nak mintak pitih Tok Guru. Kehadiran Tok Guru sudah suatu rahmat besar bagi tuan rumah.”

Pada suatu hari pula, katanya, seorang rakyat berkunjung ke rumah Nik Aziz minta bantuan hendak bayar yuran sekolah anak.

“Bila tetamu bagitahu dia mari dari Pasir Puteh, Tok Guru kata, “kesiannyoo… ambo tak dok pitih nak wi.” Ada dalam poket cuma 20 riyal, Tok Guru bagi ganti balik tambang hamba Allah ini mari dari jauh. Kata Tok Guru,

“Kalu dia tak tambang teksi mari sini, sepatutnya dalam poket dia masih ada lagi 20 riyal,” katanya dalam perkongsian dalam Harakahdaily, hari ini.

Biasanya, kata beliau, Nik Aziz minta pembantu beliau tolong ambil duit dari mesin ATM.

“Pembantu Tok Guru pergi cucuk kad ATM, tengok tak ada duit. Orang yang pernah terima cek dari Tok Guru, mereka tak pelik kalau Tok Guru pesan. “Cek ni gi tukar akhir bulan. Jangan gi loni, tak dok pitih…”

Subhanallah… Seorang pemimpin yang disegani, tidak mengejar dan bermewah dengan harta dunia kerana dunia bukanlah matlamat utama.

Matlamat utama adalah redha Allah dan memasuki syurga yang kekal abadi. Semoga kita dapat mengambil ikhtibar dari kisah Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Sumber: sarawakvoice.com

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat