Kisah Buruh China Kagum Dengan Tingkah Laku Seorang Imam,Mereka Membuat keputusan Untuk Memeluk Islam.

Kisah Buruh China Kagum Dengan Tingkah Laku Seorang Imam,Mereka Membuat keputusan Untuk Memeluk Islam.

Alhamdulillah.!!! Buruh Cina Masuk Islam Selepas Kagum Tingkah Laku Imam, Penduduk Setempat | JEDDAH, Selasa – Sembilan buruh rakyat Ch1na membuat keputusan,

memeluk Islam selepas kagum dengan tingkah laku baik ditunjukkan seorang imam sebuah masjid serta penduduk setempat di sini, ketika mereka berdepan masalah.

Imam berkenaan, Dr Walid Ajaji berkata, penduduk setempat menjumpai pekerja Ch1na berkenaan tidur beralaskan kotak berhampiran masjid itu.

Beliau bersama penduduk kemudian menyediakan tempat tinggal yang lebih selesa di taman masjid berkenaan selain menguruskan makan minum mereka.

Sebagai bukan Islam, buruh warga Ch1na itu pada mulanya takut. Mereka menyangka umat Islam akan melayan mereka dengan bvruk, tetapi jauh daripada sangkaan itu, mereka sebaliknya dilayan dengan begitu baik.

Dr Walid juga berusaha menghubungi Kedutaan Ch1na bagi menguruskan kepulangan pekerja berkenaan ke negara mereka dengan selamat.

Katanya, warga Ch1na terbabit men1ngg4lkan syarikat tempat mereka bekerja kerana tidak dibayar gaji sejak sembilan bulan lalu dan mereka dilayan dengan bvruk.

“Perbuatan itu jelas sekali memberi gambaran bvruk mengenai negara ini dan rakyatnya,” katanya.

Bagaimanapun, tanggapan itu berubah apabila Dr Walid dan penduduk Islam setempat memberi bantuan kepada mereka.

Beliau berkata, pekerja Ch1na berkenaan juga memahami maksud sebenar Islam dan perwatakan seorang muslim apabila melihat kebaikan penduduk dan mereka akhirnya menerima Islam.

Seorang pekerja berkenaan berkata, mereka akan pulang ke Ch1na dengan identiti baru seorang Islam.

“Kami akan men1ngg4lkan negara ini tak lama lagi, tetapi akan membawa bersama kami agama baru serta kenangan indah terhadap kebaikan penduduk di sini yang memberi layanan yang baik sertakan menunjukkan cahaya agama baru ini,” katanya.

sumber : Apa Cerita via sakobapres