“Kita beri temp0h lima hari..”- Akhirnya KPDNHEP keIuar notis kpd pemilik restoran Siakap tuIar

Alor Setar: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah mengeluarkan notis di bawah S3ksyen 21 Akta KawaIan Harga Anti Percatutan 2011 kepada peniaga restoran terapvng di Langkawi pada Sabtu lalu.

Ketua Pegawai Penguatkuasaan KPDNHEP Kedah, Mohd Shahran Mohd Arshad berkata, notis bertulis itu perlu dijawab dalam tempoh lima hari iaitu sebelum Khamis ini bagi mengeIak sebarang t1ndakan sekiranya pemilik restoran berkenaan g4gal berbuat demikian.

“Kita beri tempoh lima hari untuk pemilik restoran menjawab beberapa perkara di dalam notis itu antaranya berkaitan k0s ikan siakap, makanan dan apa-apa yang ada dijual di situ.

“Setakat ini kita masih menunggu maklum baIas daripada pemilik restoran itu. Buat masa sekarang kita tidak boleh kata salah atau tidak,

sebaik sahaja kita terima n0tis itu kita akan analisa setiap k0s yang diberikan secara terperinci sama ada berlakunya kenaikan harga tidak mvnasabah atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, makan tengah hari sekumpulan tujuh pelancong di sebuah restoran terapvng di Langkawi dikejvtkan dengan harga ikan siakap yang did4kwa terlalu mahal.

Berdasarkan satu res1t yang dimuat naik seorang pengadu di laman sosial, ikan siakap seberat 7.48 kilogram yang dipesannya berjumlah RM1,196.80.

Jumlah keseluruhan bil yang dimuat naik pelanggan itu termasuk hidangan makanan dan minuman lain, ialah RM1,759.50 dan tular di media sosial.

Mengulas itu sama, Mohd Shahran berkata, sehingga kini hanya satu aduan berkaitan diterima pihaknya dan beliau meminta pengguna yang mengalami situasi sama terus membuat laporan kepada KPDNHEP.

“Sekarang kita sedang lancarkan Ops Menu, operasi ini bukan sahaja kita f0kus kepada harga pada menu tetapi juga kepada alat t1mbangan sama ada alat itu masih sah atau tidak.

“Dalam masa sama kita minta aduan terus dilakukan kepada KPDNHEP untuk mudahkan penguatkuasa mendapatkan maklumat terperinci daripada pengguna itu sendiri.

“Sekiranya dituIarkan dalam media sosial sahaja maka kita terpaksa mencari individu terbabit menerusi media sosial dan terpaksa menunggu jawapan daripadanya sebelum kita perolehi maklumat lanjut,” katanya.

Restoran jual siakap ‘kayangan’ terus dikunjungi pelanggan seperti biasa

Pelanggan masih ramai mengunjungi Restoran Terapung Sas Rimba di Kilim Geoforest Park, walaupun tular harga siakap dijual di situ mencecah RM1,196.80 seekor.

FOTO HAMZAH OSMAN Pelanggan masih ramai mengunjungi Restoran Terapung Sas Rimba di Kilim Geoforest Park, walaupun tuIar harga siakap dijual di situ mencec4h RM1,196.80 seekor. FOTO HAMZAH OSMAN

SEMENTARA itu, restoran Terapung Sas Rimba, Kilim Geoforest Park, di sini yang tular selepas menu ikan siakap yang did4kwa berharga ‘kayangan’, masih beroperasi seperti biasa dan dikunjungi pelanggan.

Tinjauan hari ini mendapati pengunjung yang melakukan aktiviti jelajah hutan paya bakau di kawasan berhampiran memilih untuk singgah dan menjamu selera di restoran terapung itu.

Untuk ke restoran itu, pengunjung perlu menaiki bot dari Jeti Kilim dengan masa perjalanan 10 minit.

Pemilik restoran Norasyikin Musa berkata, dia bersyukur perniagaannya tidak terjej4s selepas ins1den tuIar terbabit, bahkan bisnes itu dan ikan sangkar adalah sumber rezeki keluarganya dan pekerja restoran sejak lapan tahun lalu.

“Alhamdulillah, saya bersyukvr dan percaya rezeki Allah SWT. Saya nak ucap terima kasih pada orang yang tular pun (svkar juga) sebab saya terkiIan dengan sikap dia.

“Saya menghormati semua pelanggan, sebab itu saya beruIang kali tanya ketika menerima pesanan kerana tidak mahu pelanggan kec3wa selepas makan di sini,” katanya ketika ditemui di restorannya.

Norasyikin mengakui sebagai manusia dia tidak sempurna, namun menghargai s0kongan berterusan orang ramai terhadap perniagaannya walaupun tervk dikec4m di media sosial.

Sementara itu, beberapa pengunjung yang ditemui mengakui mengetahui isu siakap mahal di restoran itu tetapi ia bukanlah isu kepada mereka.

Nadirah Mohd Radoan, 31, dari Seri Kembangan, Selangor berkata, menjadi kebiasaannya untuk melihat menu dan harga makanan serta minuman sebelum membuat pesanan.

“Pemandu bot memberitahu saya mengenai isu tuIar babitkan restoran itu tapi bagi saya, kita sebagai pelanggan boleh memesan makanan yang,

kita tahu tahap kemampuan kita,” katanya yang hanya memesan minuman sementara berehat selepas mengikuti pakej lawatan paya bakau.

Seorang lagi pengunjung dari Batu Gajah, Perak, Norhafidza Idayu Azman, 29 berkata, dia hanya menyedari bahawa restoran yang dikunjunginya itu adalah restoran yang tuIar semasa memesan makanan.

“Ada harga diletakkan bagi setiap jenis makanan di dalam menu yang disediakan, jadi saya memesan makanan mengikut kemampuan saya.

“Harga makanan laut adalah bagi setiap 100 gram (g). Kalau tidak berhati-hati mungkin ada pelanggan menganggap harga tersebut adalah bagi satu kilogram (kg) dan akan terkejut semasa membayar,” katanya yang hadir bersama keluarganya.

Sumber: HMetro

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.