Korban banjir cecah 41 orang, 8 masih hilang

ANGKA kematlan akibat banjir di Selangor, Pahang dan Kelantan mencecah 41 orang, dua daripadanya adalah kanak-kanak lelaki.

Selain itu, 26 lelaki dan 13 wanita terkorb4n dalam banjir di tiga negeri itu setakat 8 pagi Jumaat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, lapan orang turut dilaporkan hilang.

“Daripada 41 kematlan, 25 dilaporkan di Selangor, 15 di Pahang dan seorang lelaki di Kelantan.

“Daripada 25 kematlan di Selangor, 17 adalah lelaki dan lapan wanita,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu di Pahang, katanya, lapan lelaki, lima wanita dan dua kanak-kanak lelaki maut akibat banjir.

“Lapan orang hilang, terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan di Pahang,” katanya