Lelaki Dikompaun RM2,000 Ketika Ziarah Kubur Kerana Ianggar SOP

Jempol: Lelaki dikompaun RM2,000 kerana melanggar melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila menziarahi kubur pada Aidiladha, semalam.

Polis mengeluarkan kompaun keatas seorang lelaki yang menziarahi tanah perkuburan FELDA Palong 12 dan 13.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, pemuda berusia 21 tahun itu ditahan pasukan khas pematuhan SOP Pelan Pemulihan Negara pada 11.40 pagi di Tanah Perkuburan Islam Felda Palong 12 dan 13.

Katanya, dia didapati hadir bagi tujuan ziarah kubur yang merupakan aktiviti dilarang bersama dua anak saudaranya.

“Berikutan itu, kompaun dikeluarkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

Chang Hook menasihati orang ramai supaya mematuhi semua SOP ditetapkan termasuk tidak melakukan aktiviti ziarah kubur dan berkunjung rumah ke rumah sepanjang Aidiladha ini.

Pihak PaduMedia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman social ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya,

menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya.