M̷ay̷at warga emas ditemui dalam kolam ikan terbiar

BANTING: M4yat seorang lelaki warga emas ditemui dalam kolam ikan terbiar di Jalan Gate, Kampung Olak Lempit, di sini, malam tadi, selepas mangsa dilaporkan hilang pada petang semalam.

May4t Saban Radzwan, 69, dijumpai pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilancarkan susulan laporan polis dibuat anak saudara mangsa, Syamsul Fazli.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor, berkata pihaknya menerima laporan pada jam 4.20 petang,

semalam daripada Syamsul yang memaklumkan mangsa dipercayai terjatuh ke dalam kolam itu selepas keluar rumah kira-kira jam 2.30 petang.

Susulan itu, beliau berkata, pengadu membawa pihak polis dan bomba ke lokasi kejadian, serta menunjukkan sepasang selipar berwarna hijau didakwa milik mangsa di tepi kolam berkenaan.

“Pada jam 9.45 malam, pasukan bomba turun ke kolam itu menggunakan bot kecil milik penduduk kampung sebelum menemui m4yat mangsa pada kedalaman 1.21 meter, kira-kira tujuh meter dari tebing.

“May4t mangsa dijumpai berpakaian baju dengan kolar kotak berwarna hitam putih dan berkain pelikat coklat.

“Mangsa dikatakan mengalami masalah gangguan emosi sejak berumur 20-an,” katanya dalam satu kenyataan.

M4yat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik, Hospital Banting, untuk proses ujian COVID-19 dan bedah siasat.