“M4ti Nanti Akan Tinggal Juga Semua Harta” – Ini Respon padu Saj4t bila tahu aset dilelong

Usahawan dan penyanyi sensasi, Nur Sajat tidak kisah sekiranya aset di Malaysia dis.ita dan akan dilelong pada hari ini.

Kata Sajat, dia tidak perlu memikirkan soal terbabit, sentiasa berlapang dada dan mahu meneruskan kehidupan baru yang sedang dibinanya di bumi Australia ketika ini.

“Saya tak tak ada di sana, saya tak hadir ketika perbicaraan dan saya dianggap kalah. Saya akui hal itu.

“Sebagai manusia pokok pangkalnya apa yang kita ada kita akan tinggalkan nanti. Syukur, saya dapat melihat semua ini ketika saya masih hidup cuma saya tidak menetap di sana (Malaysia).

“Bagi saya, saya dah m4ti di Malaysia! Saya tak perlu fikirkan apa yang berlaku di sana sama ada tentang rumah dan segalanya. Terpulanglah mereka nak buat apa, saya sudah ada kehidupan di sini (Australia),” katanya dalam sesi siaran langsung pada Selasa.

Tegas Sajat lagi, tidak perlu untuk dirinya berdvka lara dengan keputusan yang sudah muktamad.

“Kami tak sibuk, korang pula k3coh pasal apa? Nak lelong, lelonglah. Saya tak hairan pun. Apa kita ada nanti pun kita akan tingg4lkan… Saya bersyukur apa yang berlaku.

“Tak payah nak sedih-sedih, benda dah jadi dah. Kami tak teriak pun, ampa pula yang lebih-lebih nak teriak bagai. Bukan duit ampa, tu duit kami yang kena lelong tu.

“Kami teriak (men4ngis) sebab kami rindu suasana di Malaysia dan rindu anak-anak. Saya ni manusia, tipulah saya tak men.angis, tapi saya fikir balik kalau perkara (lelong) ini tak jadi sekarang, mungkin masa saya m4ti nanti.

“Kasihan anak-anak saya kalau harta kena lelong masa saya dah tak ada. Saya melihat perkara ini daripada sudut positif. Saya tak perlu bersedih. Saya dah jadi penduduk tetap di sini, kenapa nak sedih eh?” tambah Sajat.

Perlu melangkah keluar daripada persekitaran negatif yang boleh meruntuhkan kehidupan yang sedang dibinanya ketika ini, Sajat memandang perkara yang berlaku secara optimistik!

“Saya kena move on, sebab bila tengok duit di Australia ni saja jadi gembira. Lagi sedap duduk sini daripada Malaysia.

“Semua itu pinjaman, sekurang-kurangnya saya dah merasa perabot mahal! Saya anggap saya insan terpilih untuk menerima dugaan macam ini,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Gempak

Ini senarai harta Saj4t yang dilelong… Seorang lelaki berjaya bawa pulang 39 barang dengan bidaan RM132,000

SET barangan di ruang tamu, dapur dan bilik tidur di tingkat atas banglo dua tingkat milik usahawan k.ontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat di Kota Damansara kini berpindah hak milik kepada seorang lelaki bernama Mohd Syazwan.

Selepas berakhirnya proses lelongan yang berlangsung selama hampir dua jam itu, lelaki terbabit berjaya memperoleh kesemua 39 barangan dengan bidaan tertinggi bernilai RM132,000.

Proses lelongan ini dibuat bagi menuntut pampasan RM200,000 yang ga.gal dibayar kepada Nurwati Hussin, 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32, daripada OWA Resources Sdn. Bhd selaku bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle milik Sajat.

Sementara itu menurut peguam Zeti Zulkifli yang ditemui mStar, bi.daan dibuat sebanyak enam kali membabitkan lapan pembida sebelum ia berkurang kepada tiga.

Proses b.idaan bermula kira-kira pukul 10.30 pagi Selasa.

Pembida perlu menyediakan wang tunai RM5,000 sebelum dibenarkan masuk ke kawasan rumah banglo dua tingkat di No 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara itu.

Untuk rekod kesemua 39 barangan yang dilelong perlu dibida secara pukal bermula dengan harga RM75,000.

Antara barangan yang dilelong adalah set pinggan mangkuk, set bilik tidur, piano, almari antik, sofa, jam berdiri, kipas angin, peti sejuk, televisyen, lukisan, pasu bunga pelbagai saiz dan chandelier.

Berikut adalah antara senarai barangan yang dilelong:

Senarai barangan yang dilelong.

Set barangan bilik tidur dan sofa.

Lampu syiling dan piano.

Set meja makan dan kerusi antik.

Set almari baju dan perhiasan.

Kerusi antik dan jam dinding antik.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.