‘Maafkan Kesal4han Kami Berdua’ – Kamal Adli & Uqasha Senrose Berangkat Tunai Umrah, Bawa Doa Untuk M4ngsa Banjir Terlibat

Umum tahu, pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose memilih Tanah Suci Mekah sebagai destinasi ‘pre honeymoon’ selepas berkahwin pada 5 November lalu.

Berangkat tunai umrah

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Kamal dan Uqasha telah berangkat Tanah Suci Mekah pada malam Khamis.

Di kesempatan itu, Kamal, 35, memohon agar semua pihak memaafkan kesilapan mereka sama ada secara sengaja ataupun tidak.

Bismillahirahmanirrahim. Kalau kami ada salah dan silap maafkan kesalahan kami berdua. Doakan kami mendapat umrah yang mabrurah. Maafkan kami semua.

Dalam pada itu, pemilik nama Ahmad Kamal Ahmad Adli menyatakan dia dan Uqasha, 29, akan mendoakan untuk mangsa-mangsa banjir yang sedang diuji dengan benc4na alam ‘besar’.

Salam takziah untuk semua m4ngsa-m4ngsa banjir. Kami akan doakan Allah akhirkan benc4na ini insya-Allah. Salam semua. Terima kasih untuk ucapan kahwin kami.

Turut sama berangkat adalah adik kepada Uqasha iaitu aktres Nelydia Senrose dan juga suami, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.

Terdahulu, Uqasha dan Kamal mendedahkan mereka sudah berkahwin pada 5 November lalu di sebuah lokasi persendirian di Janda Baik, Pahang.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan agar pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa ini diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan urusan ketika berada di sana.

Rakan artis & peminat mendoakan


Sumber: Oh Bulan