Makin rajin hafal pelbagai surah al-Quran, usaha Amar Baharin dipuji ramai

Menghafaz al-Quran merupakan antara amalan yang mulia disisi Allah SWT. Di samping itu, ia juga memerlukan kaedah yang betul serta komitmen tinggi dalam mengingati ayat-ayat suci tersebut.

Kebelakangan ini, suami kepada aktres Amyra Rosli iaitu Amar Baharin yang juga seorang pelakon semakin menunjukkan minat untuk menghafaz pelbagai surah.

Perkara itu dapat dilihat berdasarkan posting di laman Instagram miliknya dimana sebelum ini, pelakon drama Cemburu Seorang Perempuan itu telah berjaya menghafaz 30 ayat daripada surah Al-Mulk.

Hari ini, pelakon berusia 35 tahun itu memuat naik satu video terbaru di Instagram menunjukkan dia sedang membaca hafalan surah Al-Kahfi ayat 1-10.

“Tolong abang semak hafalan surah Al Kahfi ayat 1-10 ni. Insyaallah abang cuba,” tulisnya pada bahagian kapsyen posting berkenaan.

Alunan bacaan al-Quran Amar itu kedengaran lancar dan bagus. Meninjau ke ruangan komen, kebanyakan netizen memberi reaksi kagum dan meninggalkan komen positif terhadap bacaan tersebut.

Lelaki kiriman tuhan

‘Keep on inspiring us’

Bacaan bagus & sedap

Terdahulu, Amar melangsungkan perkahwinan dengan Amyra pada 11 November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.

Sumber: Instagram Amar Baharin