“Mama Tengah Buat Apa” Saat Ziarah Kvbur Ibu, Anak Rapatkan Telinga Ke Tanah & Tanya, Sebak Tengok (Video)

Kehadiran seorang ibu dalam hidup merupakan rahmat yang amat bermakna dari Allah SWT. Manakan tidak, ibu menjadi individu penting yang membentuk jati diri anak-anak dengan penuh kasih sayang.

Pun begitu, tidak semua orang berkesempatan melalui momen-momen tersebut kerana ada yang sudah kehilangan ibu sejak dari kecil lagi.

Sama seperti yang dialami oleh dua orang kanak-kanak ini yang menziarahi kvbur ibu mereka.

Menerusi video yang tular di Indonesia, kanak-kanak itu dilihat sedang menaburkan bunga di pusara ibunya dan ditemankan oleh ahli keluarganya yang lain.

Meskipun tidak menunjukkan wajah yang sedih, tetapi telatah mereka yang polos membuatkan orang-orang yang melihat mereka merasa sebak.

Tidak cuma itu, mereka juga dilihat duduk bersimpuh dan membaringkan kepala di kubur tersebut sambil bertanya ‘khabar’ pada arwah ibu mereka.

Suasana semakin pilu apabila kedua anak kecil itu mendekatkan telinga mereka ke kubur tersebut dan memanggil-manggil ibu mereka dan memberikan salam.

“Mama, mama, halo mama, lagi ngapain ma?,” kata salah seorang dari kanak-kanak itu.

Sehingga kini, video tersebut telah menjadi tular di media sosial dan dibanjiri dengan komen-komen yang memilukan.

Sumber: Siakap Keli