MashaAllah.. Al-Quran Terpelihara Dalam Banjir Besar Lipis

LIPIS 8Jan. – Banjir besar yang melanda daerah ini memusnahkan banyak harta benda, namun dengan kuasa Allah

senaskah al-Quran ditemui selamat dan tidak terjejas.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Shahrul Nizam Nasir berkata, al-Quran yang

hanyut bersama sebuah meja ditemukannya dalam keadaan elok dan sempurna.

“Ketika dalam perjalanan menaiki bot saya ternampak senaskah al-Quran di dalam pagar Sekolah Menengah

Kebangsaan Setiawangsa di atas sebuah meja yang hanyut.

“Saya bergegas mengambilnya dan ternyata Allah menjaga al-Quran berkenaan yang masih elok dan boleh

dibaca,”katanya di sini hari ini.

Menurut Shahrul Nizam, al-Quran berkenaan disimpan oleh pihaknya dan berada dalam keadaan baik.

Sumber: info roadblock