Men1nggal Dunia Semasa Mengaji Al-Quran Ketika Tunggu Solat Jumaat, Al-Fatihah

LELAKI warga emas meninggal dunia ketika membaca al-Quran sementara menunggu solat Jumaat di Masjid Bandar Tawau, pagi hari ini.

Abd Muhlis Daris, 68, dari Kampung Tanjung Batu Keramat Laut, dikatakan mengaji sebelum tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri di masjid berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, susulan kejadian itu, jemaah lain segera menghubungi ambulans.

“Petugas paramedik yang tiba kemudian mengesahkan warga emas itu meninggal dunia.

“Tiada sebarang unsur jenayah dan difahamkan warga emas itu ada penyakit darah tinggi,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.




Sumber: cempedakcheese