Michelle Yeoh Sambut Krismas Dengan B4ntu M4ngsa Banjir Di Taman Sri Muda

Pelakon Malaysia yang menempa nama di Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh meluangkan masa cuti perayaan Krismas dengan menyertai kerja-kerja pembersihan pasca banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Turut bersama pelakon utama filem Shang-chi and The Legends of the Ten Rings dan Crazy Rich Asian itu ialah tokoh konglomerat, Tan Sri Vincent Tan.

Kedua-dua personaliti itu menyertai kerja-kerja pembersihan pasca banjir itu bersama pasukan 502 Askar Wataniah di bawah Divisyen Ke-4 Infantri Malaysia (4 Div), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Yayasan Taiwan Buddist Tzu-Chi Malaysia.

Gerak kerja pembersihan dilakukan pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda dengan turut dihadiri oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

“Ini semangat Krismas yang sebenar. Terima kasih kepada semua.

“Saya amat terharu melihat orang ramai yang bersama di sini tidak kira agama, bangsa atau warganegara yang turun membantu m4ngsa banjir,” kata Michelle, 59, mengulas solidariti rakyat Malaysia dalam membantu m4ngsa benc4na al4m itu.

Sumber: Gempak