Baru mula kerja lepas pantang, wanita mavt dil4nggar pemandu cuai

Secara lazimnya Demi mengelakkan berlaku perkara tak diingini kita diwajibkan mematuhi peraturan di jalan raya. Tapi malang tak berbau, terkadang nahas boleh saja berlaku berpunca daripada kecuaian pengguna jalan raya yang lain.

Kereta wanita dihentam dari belakang. Ada kenderaan lain ‘mencilok’ laju masuk lorong tengah.

Baru-baru ini tular di laman Twitter, sebuah video memperhatikan kereta jenis Perodua Axia yang teruk dihentam dari belakang. Melalui rakaman,

video dashcam Kereta seorang saksi, sebuah kereta Perodua jenis Bezza dilihat mencilok secara agak laju dari lorong paling kanan ke tengah.

Nahas telah mengorbankan seorang ibu. Baru sahaja mula kerja lepas 3 bulan cuti pantang.

Di petik dari portal Kosmo, kejadian yang berlaku di Lebuhraya Persekutuan tersebut telah mengorbankan pemandu kereta Perodua Axia yang bernama Nurul syazwani Saudi.

Lebih sedih lagi, Allahyarham yang berusia 33 tahun itu dimaklumkan baru sahaja berkerja setelah bercuti 3 bulan untuk berpantang anak keduanya.

Pemandu kenderaan sudah serah diri pada polis. Hasil ujian air kencing negatif.

Dalam berita terbaru pemandu kenderaan yang terbabit dalam insiden tersebut telah pun menyerah diri ke Balai Polis Petaling Jaya.

Hasil dari ujian ke atas suspek yang berusia 34 tahun itu juga didapati negatif dari mengambil bahan terlarang. Melalui salah satu screenshot daripada ahli keluarga

tertuduh, lelaki tersebut sama sekali tidak bertindak melarikan diri selain turut menyarankan para netizen untuk tidak keluarkan sebarang statement.

Sumber: Fb Ida Zuraidal, Twitter miswxn, mdishfaq, portal Kosmo Online, kisahdunia