“Papa matin nampak ibu bawa Ayash, tapi..”- Siti Sarah hadir dalam mimpi anak ketiga

IBU datang… balik rumah bawa Ayash.

Itu antara cerita dari mulut cahaya mata ketiga Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Ariq mat!n yang baru berusia enam tahun.

Menurut bapanya yang juga pelawak Shuib Sepahtu, hal itu dikongsikan saat dia sedang memand1kan anaknya itu.

“Tadi masa mandikan mat!n, tiba-tiba cakap dia m1mpi ibu.

“Saya cakap (dalam hati)… alamak seronoknya, aku ni minta (mimpikan arw4h) tak dapat-dapat.

“mat!n cerita lagi… mimpi ibu datang balik rumah bawa Ayash. Bagi mat!n pegang Ayash, Tapi ibu diam je tak cakap apa-apa,” kata Shuib.

Gambar kenangan Shuin dan anak-anak bersama Allahy4rham Siti Sarah.

Shuib berkongsi tentang kejadian berkenaan pada majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk arw4h Siti Sarah pada Khamis malam.

Akui ‘cemburu’ mendengar cerita mat!n, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, berkata dia sempat berpesan kepada anaknya andai kejadian mimpi itu berulang lagi.

“Saya beritahu dia, nanti kalau mat!n mimpi lagi, beritahu ibu tolonglah masuk dalam mimpi daddy… rindu sangat nak jumpa dia.

“Sebenarnya sejak Isnin saya berdoa minta sangat-sangat untuk jumpa dia dalam mimpi.

Saya beritahu dia, nanti kalau mat!n mimpi lagi, beritahu ibu tolonglah masuk dalam mimpi daddy… rindu sangat nak jumpa dia

SHUIB SEPAHTU

PELAWAK

“Tapi dia tak nak datang… rupa-rupanya Allah salurkan melalui orang lain,” katanya.

Dalam pada itu Shuib berkata dia juga menerima mesej daripada seorang wanita yang mengakui turut bermimpi melihat arw4h isterinya.

“Ada seorang hamba Allah WhatsAppa saya, orang yang mesej tu cakap… saya mimpikan arw4h pada Selasa malam. Saya tak cerita pun dekat suami lagi. Tapi nak cerita dengan Shuib dulu.

“Dia cakap… Ya Allah saya terkejvt sangat, saya mimpi Sarah menyanyi depan ramai orang.

“Saya tak pasti kebetulan ke apa, tapi ramai sangat tengok Sarah menyanyi… performance dia hebat betul,” demikian menurut Shuib seperti yang diceritakan wanita berkenaan kepadanya.

Siti Sarah menghembvskan naf4s terakhir pada pukvl 5.13 pagi 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur ak1bat c0v1d-19.

Selain Ariq mat!n, Allahy4rham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

Untuk rekod, Ayash dikeluarkan dari kandungan Siti Sarah melalui pembed4han yang diadakan pada 6 Ogos lalu.

Sumber : MSTAR