PeIajar 13 tahun yang DipkuI Gurunya Sebab Tidak Siapkan Kerja SekoIah, Akhirnya Mningg4I Dunia di lndonesia

KUPANG: Seorang pelajar sekolah menengah maut dipukul oleh seorang guru gara-gara tidak menyiapkan kerja sekolah.

Dilaporkan mangsa dikenali sebagai MM dipukul di bahagian kepala dan ditendang oleh gurunya kerana kesal tugasan yang diberikan tidak disiapkan.

RAKAMAN VIDEO YANG MENYAYAT HATI ADA DI BAWAH SEKALI

Mangsa berusia 13 tahun juga dicederakan oleh gurunya menggunakan belahan buluh.

Guru yang dikenali sebagai SK diberkas oleh pihak polis dan ditahan di Pejabat Polis Alor.



Akibat pukulan itu, mangsa mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Kalabahi, Indonesia bagi menerima rawatan.

Selepas sepuluh hari dirawat, mangsa disahkan meninggal dunia Selasa lalu.

Jenazah mangsa masih ditahan untuk proses bedah siasat di Hospital Kalabaho, Alor, Nusa Tenggara Timur.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Alor, Agustinus Christmas bagi mengetahui punca sebenar kem4tian.

Tonton Video

Beliau meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi kerana kes masih dalam siasatan.

Sumber : Utusan