Pemergian Insan hebat, Kisah Seorang sahabat istimewa yang selalu meriahkan majlis-majlis ilmu di masjid-masjid

Dulu di Auditorium Masjid Sultan ketika Ust Shafi sedang mengajar tiba² diganggu suara Fadil panggil “Shafiiii.

Ust Shafi terlepas cakap “Fadil ni wali, nanti dia meninggal baru semua org tau yg dia wali”.

Di Masjid En-Naeem Ust Shafi pernah bilang jemaah baca doa nanti Fadil aminkan kerana aminnya Fadil dikabulkan.

Di Masjid An-Nur Ust Shafi minta Fadil doakan jemaah kerana doa Fadil makbul. Fadil doa panjang tak habis² & ustaz bilang “dah cukup jgn panjang² nanti malaikat bingung”.

Kini… gurauan² di atas hanya tinggal kenangan manis. Selamat tinggal Fadil, semoga dikumpulkan bersama Rasulullah.

Segelintir warganet pasti pernah melihat sebuah video seorang insan istimewa digelar sebagai Fadil yang tidak makan selama empat hari suatu ketika dahulu, kan?

Insan istimewa yang comel

Menerusi video tersebut, dia yang sedang menikmati makanan terhibur dengan usikan orang sekeliling. Gelak tawa serta mimik muka yang comel sudah tentu menghiburkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

Namun, apakan daya. Setiap yang hidup pasti akan pergi buat selamanya. Dia dikhabarkan telah pergi meninggalkan dunia buat selama-lamanya semalam.

Berita pemergiannya itu dilaporkan oleh sebuah portal berita Singapura, iaitu Berita Mediacorp. Menurut portal itu, walaupun dia adalah seorang OKU, Fadil dikenali ramai sebagai seorang yang suka menziarahi masjid-masjid di merata Singapura sejak remaja lagi.

Ada kalanya, dia membantu mengutip derma meskipun dirinya juga dalam keadaan serba sederhana. Malah, sekali-sekala dia akan mendampingi para jemaah untuk membantunya menggunakan telefon bimbit.

Menerusi satu posting di Facebooknya, Mohammad menyatakan bahawa terdapat beberapa syarikat pengurusan jen azah telah menghubunginya untuk membantu keluarga Allahyarham Fadil menguruskan jen azahnya secara ikhlas dan percuma.

“Ada juga beberapa Asatizah yang menghubungi saya untuk menanggung semua kos pengurusan jenazah beliau termasuk murid-murid saya di (Masjid) An-Nur,” tulis pendakwah tersebut.

Seorang selebriti Singapura yang dikenali sebagai Syah Ibrahim turut telah mengesahkan pemergian arwah di ruangan Facebook ‘Live’ miliknya. Syah mengenali Allahyarham Fadil kerana dia sering ‘muncul’ di pejabatnya.

Menurut video yang dirakam oleh Syah, kakak kepada Allahyarham Fadil menjelaskan tentang pemergian adik kesayangannya itu.

“Apa yang saya dapat tahu berita bahawa dia jatuh di MRT dalam jam 2.40 petang. Tapi, padahal sebelum dia jatuh dia ada video call anak bujang saya pada pukul 1 lebih.

“Dia nak berbual dengan saya tetapi saya takde kat rumah jadi tak berkesempatan. Jadi, itu yang saya rasa sedih,” ujar kakaknya.

Selain itu, seorang lagi rakan selebriti yang cukup terkesan dengan pemergian Fadil ialah pengacara popular Singapura, Khairudin Samsudin.

Dalam catatan Facebooknya, Khai berkongsi pengalaman menyentuh hati ketika kali terakhir dia bertemu Allahyarham.

Menurut kisah Khai, Allahyarham dengan rendah hati menghulurkan sebungkus nasi serta dua botol air kerana kasihan melihat Khai yang sibuk bekerja.

Bukan itu sahaja, Timbalan Mufti Singapura, Dr Mohammad Hanan Hassan turut menyanjung insan istimewa berkenaan.

Rehatlah kamu bersama insan2 istimewa.