Pernah Tak Duit Hanya Tinggal RM10 Sahaja Sebelum Gaji Masuk?

Pernah Tak Duit Tinggal RM10 Sahaja Sebelum Gaji Masuk

Buka dompet nampak duit tinggal RM10 sahaja sehari sebelum gaji masuk. Allah… apa silapnya? Ya, ini situasi biasa dilalui kebanyakan orang.

Nak tahu punca kena semak banyak sudut dalam konsep berkongsi rezeki mahu pun bab menjaga hati pasangan. Mungkin ini contoh mudah…

“Awak kan dah kerja, awak bayarlah….” atau “Duit awak pun sama je, nanti saya bayar kemudian. Guna je dulu…” Sampai masa buat senyap!

Ya, inilah realiti suami yang suka mengelak bab duit nafkah. Padahal, kalau kongsi rezeki dengan isteri, itulah yang akan buka pintu-pintu rezekinya. Cukup, berkira!

Hari ini, ramai suami yang ambil mudah tentang pemberian wang nafkah buat isteri terutama jika pasangan mereka bekerja.”Dia dah ada gaji, lagipun isteri tak pernah mintak.” Ini yang selalu suami fikirkan.

Tapi hakikatnya meskipun punya pendapatan sendiri, tetap menjadi tanggungjawab suami untuk menyediakan wang nafkah ini semampu mereka. Duit isteri, nafkah isteri, duit gaji suami, duit keluarga, wajib bagi duit nafkah isteri, keperluan isteri

Buat suami yang belum melaksanakan kewajipan ini atau rasa terbeban untuk melunaskannya, baca perkongsian daripada saudara Mahyuddin Mohamed untuk memahami dan melihat hikmah di sebaliknya.

“Kenapa Papa Kena Bagi Duit Kat Mama?”

Sengaja aku menghulurkan duit nafkah bulanan buat isteriku di hadapan anak-anak kami. Tersengeh-sengeh KakLong & Nabila melihat wang yang bertukar tangan.

Itu bukan pertama kali mereka melihat aku menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang suami itu.

“Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?” Hasif masih terlalu kecil untuk faham namun tahap curiosity beliau begitu tinggi. Dia akan sentiasa bertanya apa-apa yang dia tidak faham.

“Suami memang WAJIB beri nafkah setiap bulan pada isteri tahu Hasif. Nanti Hasif dah jadi suami pun, Hasif pun kena beri duit kat isteri”. Isteriku mengajar ilmu kehidupan & kewajipan seorang suami. Hasif mengangguk faham.

“Best la jadi orang perempuan Mama. Gaji Papa dan Mama kan sama. Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?” Nabila pula bertanya.

“Kalau gaji suami lagi sikit dari gaji isteri dia pun, dia masih kena beri nafkah setiap bulan. Kena bagi, walaupun sedikit. WAJIB. Melainkan kalau isteri dia kata tak payah la…” Nabila sengeh. Puas hati dengan jawapan isteriku.

Ada Yang Buat-buat Tak Tahu

Ramai suami yang pandang remeh Nafkah Bulanan buat isteri masing-masing. Ada yang TIDAK TAHU & ada yang BUAT-BUAT TAK TAHU. Ada juga LANGSUNG TAK AMBIL TAHU.

Jangan terkejut kita seorang lelaki yang bergelar suami tidak tahu yang memberi nafkah buat isteri itu WAJIB.

Ada yang tidak pernah beri wang kepada isteri. Jika isteri tidak memaafkan & menghalalkan, maka suami akan sentiasa berada dalam keadaan berdosa.

Berilah Duit Nafkah bulanan kepada isteri kita. Tak mampu banyak, beri sedikit. Tak mampu RM200, berilah RM100. Jika tak mampu juga, berilah RM50 atau RM10.

Jika masih tidak mampu juga, suami perlu minta isteri halalkan perbelanjaan yang dibuat dengan menggunakan wang isterinya.

Minta Isteri Halalkan

“Okay sayang, bulan ni, bil air sayang bayar, bil letrik abang bayar yer?”
“Loan kereta Myvi bulan ni Ayang bayar yer, Abang tak cukup la duit bulan ni sebab nak kena tukang baiki dapur tu”.

Dalam rumah tangga tolak ansur jika tidak cukup duit suami. Kebahagiaan itu dapat di pupuk bersama.

Jangan Lupa Like , Share Dan Komen ya !!