Ramai Tanya Lama Tak Nampak Pelakon Ni, Latif Borgiba Sudah Meningg𝚊l Dunia

Latif Borgiba atau nama sebenarnya Abdul Latiff T.K Gomu Kakah merupakan salah seorang dari pelakon filem melayu klasik. Sering berlakon dalam drama-drama dan filem-filem Melayu tahun 1960 an sehingga 1980 an.

Lakonan mantapnya kini dirindui, pernah melakonkan watak seorang guru silat, seorang bapa dan juga tidak ketinggalan watak bomoh jahat mahupun musuh hebat berlawan.

Beliau mula aktif dalam pentas lakonan ketika berusia 18 tahun lagi menerusi pentas teater dan bangsawan. Lahir pada 14 Disember 1937 di Bangkok Thailand dan meninggal dunia pada 14 Disember 2017 pada umur 80 tahun kerana sakit tua serta meninggalkan 16 orang anak.

Dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Danau Kota Setapak.

Antara filem beliau yang boleh ditonton adalah Penyamun Si Bongkok, Dang Lenggang, Ribut Di Hujung Senja dan Anakku Suamiku.


Dalam filem Dang Lenggang

Asal usul nama Borgiba yang diberi

Nama Borgiba telah digelar oleh pelakon dan pengarah Allahyarham S.Kadarisman penghujung 1960 sewaktu beliau mula aktif berlakon. Borgiba itu sempena nama keturunan Habib Borgiba iaitu seorang kulit hitam dari Afrika yang terkenal warak dan juga tokoh agama terkenal di sana.


Admin mengucapkan salam takziah pada keluarga Ayah Latif semoga ditempatkan bersama mereka yang beriman. Amin Al Fatihah

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Marilah sedekahkan bacaan Al-Fatihah

Sumber: Bh via borakviral

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih