Raub Pahang, Kebun Durian Musang King Haram Dimusnahkan

Raub, Pahang Peguatkuasa JPNP menjalankan operasi memusnahkan kebun durian Musang King seluas 101 hektar yang ditanam secara haram didalam hutan simpan Batu Talam.

Operasi bersepadu secara besar besaran itu bermula semalam dan dijangka mengambil masa selama sebulan. Operasi turut melibatkan,

beberapa agensi kerajaan yang lain itu memberi tumpuan kepada rondaan dan tangkapan kepada penceroboh yang memasuki hutan simpan tanpa surat kebenaran.

Unit penguat kuasa JPNP berkata mereka terpaksa mengambil tindakan tegas bagi mengelakkan perkara yang sama tidak berulang di masa hadapan.

Pengarah JPNP, Mohd Hizamri berkata, empat lelaki ditahan masing-masing dua pekerja asing dan warga tempatan telah ditahan kerana menceroboh semalam.

Mereka semua akan didakwa mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 kerana menceroboh tanah kerajaan.

Tambah beliau, Jabatan turuh menyita sebuah motosikal, pacuan 4 roda iaitu sebuah Toyota Hilux dan Land Rover dalam operasi tersebut.

Photo tahun lepas, Raub Pahang.
Sementara itu ADUN Tras, Chow Yu Hui yang mewakili penduduk disitu berkata kira kira 20 orang pekebun mengalami kerugian apabila durian yang gugur tidak boleh dipungut.

Kata beliau lagi pekebun sebelum ini sudah mendapat kebenaran mahkamah untuk masuk ke kebun mereka.

Jangan Lupa Like Dan Komen Ya !!!!…