RFID PerIukah Mansuhkan Lorong TnG Dan Smart Tag?

Pelaksanaan pengguna.an teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) baru-baru ini menimbulkan k0ntr0versi yang tidak enak didengar.

Terdahulu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan akan beralih kepada sistem pembayaran transaksi tol RFID di semua lebuh raya mereka bermula Sabtu lalu, sekali gus lorong Touch ‘n Go (TnG) dan Smart Tag akan dimansuhkan secara berperingkat.

Kesannya, pada Sabtu lalu orang ramai yang menggunakan jalan raya terperangkap dalam kesesakan di lorong tol dipercayai akibat kegagal4n sistem RFID. Ini menimbulkan rungutan serta kemar4han mereka.

Tangkap layar memaparkan keada.an sesak di sekitar plaza tol tersebut

Tambahan lagi, apabila ada pengguna jalan raya g4gal melakukan pembayaran menerusi RFID terpaksa beralih ke Lorong TnG. Namun, baki dalam kad pula tidak mencukupi hingga menyebabkan mereka dikenakan caj maksimum.

Susulan itu, Menteri Kanan (Kerja Raya), Datuk Seri Fadillah Yusof meminta PLUS dan TnG memberi penjelasan serta mencari penyelesaian terbaik berhubung isu tersebut agar tidak menyusahkan pengguna jalan raya.

Penggunaan RFID tidak dinafikan mungkin memberi banyak kelebihan pada masa akan datang.

Namun, untuk masa sekarang, sistem itu dilihat sebagai menyusahkan. Malahan, pengguna terpaksa mengeluarkan kos untuk memasang pelekat RFID.

Tidak hanya itu, ada juga yang mendakwa bahawa pelekat itu mudah rosak apabila kerap dibasuh dan tidak kurang juga yang memaklumkan ia tidak efi­sien kerana tidak dapat berkongsi dengan kenderaan lain selepas ditampal.

Pengguna juga nampaknya seperti kecewa sekiranya benar Lorong TnG dan Smart Tag dimansuhkan pada masa akan datang.

Adalah lebih baik jika PLUS memberi pilihan kepada pengguna membuat pembayaran tol. Tidak semua rakyat Malaysia faham menggunakan teknologi baharu.

Biasanya, golongan lebih berusia atau yang datang dari luar bandar lebih suka penggunaan kad tol manual dan membayar secara tunai seperti sebelum ini.

Meninjau komen-komen warga maya di laman sosial, ramai yang berpendapat tidak perlu memansuhkan Lorong TnG dan Smart Tag hingga ada yang bersungut, “Nak bagi duit pun payah.”

Ada keperluan mengejar teknologi baharu, namun, jangan sampai terlupa kesannya terhadap rakyat hingga akhirnya rakyat sendiri menunding jari terhadap pihak keraja.an.

Sumber : [Sinar] [FMT]

Pihak Portal Islamik tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Oscar’s Oasis Ya.

Jemput join group ni, sama2 kita berkongsi info islamik. inshaAllah bermanfaat disana. terima kasih atas kerja sama anda semua.
Nak Join –> Klik Disini

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: