Saya masih sayang dekat suami saya begitu juga dengan suami saya,saya tahu dia tidak akan mengucapkan perkataan yang membuatkan saya kecewa

Asaalamualaikum admin..tolong hidekan fb saya..terima kasih.

Saya berumur tiga puluh tahun. Pada bulan mei lepas suami saya terlepas cakap talak tiga kat saya kerana dia kena buatan dengan isteri orang.
Hancur hati saya bila suami yang saya cintai dan sayangi sanggup melepaskan talak tiga dekat saya di depan perempuan itu.

Masa bulan julai suami saya mecari saya balik nak bawa saya rujuk kat dia, Hancurnya hati saya ketika itu Tuhan sahaja yang tahu. Demi anak anak saya kena kuat, saya rasa malu dekat adik beradik apatah lagi dengan jiran jiran, kerana suami saya sering datang ke rumah melawat anak anak

Apa yang harus saya lakukan? Saya masih sayang dekat suami saya begitu juga dengan suami saya,saya tahu dia tidak akan mengucapkan perkataan yang membuatkan saya kecewa dengan rumahtangga kami.

Allahuakhbar..
Suami saya ingin rujuk kembali dan menyesal dengan apa yang terjdi.Mohon bantu saya apa yang harus saya lakukan. Buruk baik nasihat saya terima demi anak anak saya. Terus terang saya dan suami beberapa kali terlanjur macam suami isteri.

Sumber : KRT Via tribunemalaya

Antara Reaksi Warganet

Cirah Cici : Dah sahkan lafaz talak ke? Memang hakim kata talak tiga ke? Apa apa pun kena rujuk mahkamah sebab hal hal berkaitan hukum ni public tak leh komen lebih.
Kalau sah talak tiga kena belajar terima kenyataan. Kalau rasa duduk seorang boleh terlanjur dengan bekas suami, sila duduk bersama family. Atau tetapka hak lawatan anak di mahkamah dengan jumpa di luar saja. Bekas suami tak boleh datang ke rumah.

Sweets Nurwann : Satu je nak cakap. Sepatutnya masa dia lafaz cerai terus pergi pejabat agama. Talak bukan mainan. Sekarang awak berdua macam dah mainkan hukum Allah.