Sebak! Tidak dapat penuhi dalam masjid akibat k0rona, Jemaah Turki solat jumaat dalam hujan.

Disebabkan pendemik C0vid-19 yang melanda dunia, rumah ibadat termasuk masjid telah ditutup buat sementara daripada dikunjungi oleh orang ramai untuk beribadah.

Namun begitu, sejak beberapa minggu kebelakangan ini, banyak kelonggaran telah diberikan hampir diseluruh dunia susulan daripada penurunan k3s jangk1tan yang berlaku.

Solat dalam hujan

Di Ankara Turki, Solat Jumaat telah mulai dibenarkan dan ibadah tersebut dilakukan di kawasan dataran dengan masing-masing mengikut SOP yang ditetapkan.

Gambar-gambar semasa solat Jumaat tempoh hari telah tular apabila jemaah langsung tidak berganjak walaupun ketika itu hujan turun dengan lebatnya.

Terus khuyuk beribadah

Masing-masing dilihat khusyuk menikmati ibadah tersebut yang sudah lama tidak dilakukan berikutan perintah kawalan yang dikuatkuasa oleh kerajaan Turki berhubung pendemik C0vid-19.

Gambar-gambar yang tular itu turut dimuat naik CNN Turk dan dikongsikan berulang kali di laman sosial sehingga ke hari ini.

Oleh itu, dapat kita pelajari bahawa nikmat yang dikurniakan ketika ini sangat besar terutamanya selepas berlakunya pendemik C0vid-19 yang pastinya hampir melumpuhkan ekonomi seluruh dunia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!