“Sedar-sedar je dah kenyang” – Sengkenit seronok bergayut di mata anak sampai ‘montel’, mujur petua diguna si ibu menjadi.

JIKA sebelum ini tular di media s0sial kisah seorang kanak-kanak perempuan yang menanggung kes4kitan gara-gara sengkenit ‘berumah’ dalam telinganya, kali ini perkara seumpamanya terjadi kepada seorang lagi kanak-kanak.

Bezanya, kanak-kanak lelaki ini menjadi m4ngsa gigit4n makhluk kecil itu pada bahagian m4ta kirinya.

Berkongsi cerita dengan mStar, Noramanina Mohd Zulkifli berkata segala-galanya bermula apabila dia meny3dari mata anak sulungnya yang berusia enam tahun itu berair.

“Tapi saya langsung tak nampak apa-apa yang aneh. Anak saya, Aqil, pun tak beritahu bahagian matanya berasa s4kit atau tak selesa.

“Ketika saya keluar ke klinik sebentar menghantar datuknya dapatkan rawatan asma, tiba-tiba saya dapat panggilan daripada adik. Dia kata pada mata Aqil ada benda hitam.

“Selepas pulang ke rumah, saya belek mata Aqil. Rupa-rupanya ada seekor sengkenit atau kami di sini panggil ‘pirah’. Haiwan tu dah kenyang melekat di matanya. Memang kena ‘kelepet’ matanya sikit, baru nampak. Tak tahulah dah berapa lama sengkenit tu bergayut di mata Aqil,” cerita ibu muda berusia 25 tahun ini.

Menggunakan petua yang pernah didengarinya, Noramanina segera menyapu bahagian mata kiri anaknya dengan air tembakau bertujuan mahu membuatkan serangga itu ‘jatuh’.

“Bagaimanapun petua tu tak berjaya. Kemudian, saya sapu Minyak Mustajab pula. Tak perlu tunggu lama, akhirnya ia ‘luruh’ sendiri.

“Tiba-tiba keluar pula darah daripada bekas gigitan serangga itu. Panik dan bimbang j4ngkitan kum4n, saya segera bawa Aqil ke klinik,” ujar wanita yang menetap di Bachok, Kelantan ini.

Sengkenit yang ‘bergayut’ di mata Aqil akhirnya luruh sendiri selepas disapu Minyak Mustajab.

Ibu kepada dua anak ini bersyukur apabila doktor memaklumkan tiada sebarang kecederaan serius pada bahagian mata anak lelakinya, malah memujinya kerana pantas bertindak.

“Doktor cuci bahagian luka tu beritahu, tiada kaki atau sengat sengkenit yang tertinggal di mata Aqil. Doktor kata kalau lambat, memang b4haya. Mata boleh but4 kalau sengkenit tu berak atau beranak pinak,” ujarnya.

Tambahnya, dia sendiri tidak pasti punca bagaimana mata anaknya digigit makhluk halus itu, namun mengesyaki kemungkinan mendapatnya dari kawasan belukar sekitar rumahnya.

Ada juga yang kec4m, kononnya saya tarik sengkenit tu sampai berdarah mata anak. Saya bukan nak c4but, tapi nak tahan sengkenit tu luruh dan masuk mata anak.

NORAMANINA MOHD ZULKIFLI

“Sedar-sedar je dah kenyang. Masa sengkenit tu luruh, memang montel badannya. Saya pula yang jadi geram dan terus penyet.

“Anak saya tak rasa s4kit pun… tapi dalam video tu dia menangis sebab takut kerana dia sendiri tak pernah kena. Itulah kali pertama pengalamannya menjadi m4ngsa gigit4n sengkenit,” ujarnya

Sekadar memuat naik video untuk kenangan dan perkongsian pengalaman, Noramanina sama sekali tidak menyangka ia meraih sehingga melebihi 190,000 jumlah tontonan.

“Saya pun tak sangka jadi viral. Saya nak simpan sebagai kenangan saja dan kongsi pengalaman. Serangga ni kita tak minta pun ia datang.

B3ngkak di mata kiri Aqil semakin surut.

“Tapi tak apalah, mungkin mereka tak tahu cerita sebenar. Dalam ramai-ramai yang k0men, ada juga yang tak kenal rupa sengkenit.

“Alhamdulillah, mata Aqil bengkak sehari sahaja. Esoknya dah surut dan pulih seperti biasa,” ujarnya lagi.

Sumber: mStar

Pihak Portal Islamik tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Oscar’s Oasis Ya.

Jemput join group ni, sama2 kita berkongsi info islamik. inshaAllah bermanfaat disana. terima kasih atas kerja sama anda semua.
Nak Join –> Klik Disini

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: