Seramai 32,000 Warga Aslng Dibawa Masuk Ke Malaysia Akibat Rakyat Tempatan Meno’lak Kerja Di Ladang ?

KOTA BHARU: Ladang-ladang sawit di seluruh negara akan mula menerima pekerja-pekerja asing yang telah divaksin iaitu seramai 32,000 orang akan dibawa masuk ke Malaysia pada pertengahan bulan ini.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, perkara itu telah diluluskan oleh Kabinet dengan pema’tuhan ke’tat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

“Perkara ini perlu disegerakan bagi meningkatkan eksport negara. Kita masih mengharapkan penggunaan buruh asing memandangkan rakyat tempatan belum berkemahiran untuk menjadi penuai dan pekerja ladang.

“Satu masa nanti diharap negara akan mempunyai kemahiran tenaga kerja tempatan, seiring dengan industri yang lebih berteknologi tinggi,” katanya selepas melawat Galeri Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) Kelantan, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Pengarah LKTN, Idris Mohd Salleh; Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia, Shaharul Sadei Alwi dan Timbalan Ketua Setiausaha Kenaf dan Komoditi, Md. Zaidi Karli.

Zuraida dalam pada itu menambah, kerajaan mengalu-alukan inisiatif syarikat-syarikat perladangan menanggung sendiri proses kemasukan buruh asing, sekali gus mempercepatkan usaha tersebut.

“Pekerja asing baru dibawa masuk ini akan diletak di ladang-ladang kepa sawit yang dikenal pasti dan perlu menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum memulakan pekerjaan masing-masing,” katanya.

– UTUSAN ONLINE