Tak Jadi Berpisah Kerana PKP, Kembali Menyulam Cinta Walaupun Setahun Duduk Asing.

Antara hikmah PKP sebenarnya adalah peluang terbaik untuk bertenang, khususnya pasangan suami isteri yang pernah berniat berpisah dan bawa haluan masing-masing.

Hal ini kerana, mahkamah syariah juga menangguhkan semua prosiding perbicaraan sepanjang arahan kerajaan itu dilaksanakan.

Setahun dok asing, 5 kali masuk mahkamah…Perbicaraan tangguh, akhirnya sambung ke hati suami

Samalah seperti kisah usahawan dikenali sebagai Nur Amirah ini. Meskipun setahun tidak duduk sebumbung dengan suaminya, namun hikmah PKP perbicaraan ditangguhkan dan mereka akhirnya berdamai semula.

Lengkap beraya satu keluarga Aidiladha lalu, dia turut berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan rumah tangga mereka.

Sebelum apa-apa, I buat istikharah…suami pula masih bersungguh pertahankan hubungan

Mengulas bagaimana hatinya kuat untuk bersatu kembali, Nur Amirah menjelaskan soal hati Allah yang pegang. Namun begitu, dia selalu amalkan solat istikharah bagi memohon petunjuk sebelum buat sebarang keputusan.

Di samping itu, suaminya juga masih bersungguh-sungguh mempertahankan hubungan keluarga yang terbina.

“Aku ingin selalu di sini & engkau adalah isteriku satu-satunya tak tergantikan…hingga syurga tempat kita berkumpul lagi”

Dalam pada itu, saudara Muhd Hilmi Che Azman atau lebih dikenali sebagai El Azman juga bersyukur apabila rumah tangganya berjaya diselamatkan.

Jangan lupa like, share dan komen yang baik-baik ya. Terima kasih.

Sumber: IG nuramirah11