“Tak tahulah dimana silapnya”. Saya dah ulang banyak kali siap tunjuk isyarat saiz.

Langkawi: Pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa terkilan selepas pelanggan berperwatakan alim bertindak menularkan harga ikan siakap di restorannya terl4mpau mahal.

Malah dia turut mempersoalkan tujuan sebenar pelanggan terbabit yang menularkan perkara itu selepas bersetuju membayar harga yang dikenakan pada hari kejadian.

“Saya betul-betul tak sangka orang yang berperwatakan alim dan warak sanggup buat kerja seperti ini, sedangkan dia sendiri yang pilih ikan segar dalam sangkar untuk dimasak.

“Ketika mengambil pesanan, saya ulang banyak kali bahawa ikan (yang dipilih) itu besar sambil saya tunjuk dengan isyarat tangan anggaran saiz ikan,” katanya ketika ditemui di restorannya di Kilim Geoforest Park di sini, hari ini.

Norasyikin turut menafikan sekera4s-ker4snya pihaknya mema4ksa pelanggan memilih ikan bersaiz besar bagi mendapat keuntungan berganda selepas perniagaan terjejas tervk akibat pndem!k C19.

“Sepanjang lapan tahun berniaga di sini, saya dan kakitangan tidak pernah mem4ksa pengunjung memilih ikan besar untuk menjamu selera di restoran ini.

“Malah, ketika mengambil pesanan kami akan beritahu berat ikan dikira dalam sukatan gram dan setiap menu lengkap tertera harga dengan jelas,” katanya.

Beliau berkata, selepas selesai makan kumpulan sembilan pelancong terbabit tidak datang berjumpanya untuk bertanyakan mengenai harga yang dikenakan.

“Ketika melangkah meninggalkan restoran mereka juga tidak cakap apa-apa mengenai bayaran yang pihak kami kenakan ke atas ikan siakap yang dimasak menu tiga rasa dan stim limau itu.

“Sebenarnya ikan siakap yang mereka pilih itu seberat 7.48 kilogram berusia 11 tahun dan dipelihara untuk dipertontonkan sebagai tarikan pengunjung restoran,” katanya.

Semalam, media melap0rkan makan tengah hari sekumpulan pelancong di sebuah restoran terapung di pulau ini kelmarin, dikejvtkan dengan harga ikan siakap yang did4kwa mencecah RM1,196.80.

Sementara itu, empat Pegawai Pengvat Ku4sa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Langkawi turut kelihatan melakukan si4satan di restoran berkenaan hari ini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Langkawi, Abdul Rafar Wahid berkata, pihaknya sedang menyi4sat dan mengumpul maklumat kejadian daripada pengadu dan peniaga.

“Maklumat sudah diperolehi dari kedua-dua pihak dan siasatan lanjut sedang dijalankan secara adil,” katanya ketika dihubungi di sini.

“Saya sudah mencadangkan kepada pelanggan itu supaya ambil ikan lain seperti merah atau kerapu dengan saiz antara satu hingga 1.5 kilogram (kg), ia lebih sesuai untuk dijadikan hidangan,” kata pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa.

Menurutnya, dia sendiri yang mengambil pesanan pelanggan terbabit dan memintanya untuk melihat ikan sebelum dimasak tetapi mereka tidak mahu berbuat demikian.

Katanya, harga bagi ikan siakap terbabit juga sudah dinyatakan di dalam menu restorannya iaitu RM16 bagi setiap 100 gram (g).

“Saya sudah terangkan kepada pelanggan berkenaan bahawa ikan yang dipesannya seberat kira-kira 7 kg itu tidak dijual tetapi dipelihara dalam sangkar untuk dijadikan tontonan pengunjung restoran,” katanya.

Norasyikin turut men4fikan dia mengenakan caj tambahan bagi pembayaran menggunakan kad kredit seperti yang didakwa pelanggan terbabit.

Dia berkata demikian ketika dihubungi hari ini untuk menjawab dakw4an pelanggannya yang mend4kwa harga ikan siakap dipesan mahal ketika mengunjungi restorannya di sini, semalam.

Satu resit dimuat naik individu sebelum ia tular di media sosial yang tertera ikan siakap seberat 7.48 kilogram yang berharga RM1,196.80.

Jumlah keseluruhan bil yang dimuat naik pelanggan terbabit termasuk hidangan makanan dan minuman lain adalah RM1,759.50 untuk tujuh orang makan.

Individu terbabit turut mend4kwa ada menasihati pihak restoran berkenaan supaya tidak mengulanginya termasuk menghidangkan ikan sebesar itu hanya untuk tujuh orang makan.

Individu terbabit juga mend4kwa pelanggan yang menunggu giliran membayar juga pasrah apabila bil yang dikenakan terhadap mereka sebanyak RM755 hanya untuk dua orang makan.

Sumber : hmetro