(Video) Menyebabkan dua kem4tian, pemandu Triton Iawan arus bakal berdepan hukuman yang sgt berat

SHAH ALAM – Dua remaja maut apabila kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu secara melawan arus di Kilometer 8.5 Lebuh Raya Persekutuan awal pagi tadi.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI




Kedua-dua mangsa dikenali Nur Afiqah Abdul Karim, 18, yang merupakan pemandu dan penumpangnya, Muhammad Hafiz Syami Dzul Asri, 19,.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai lapan anggota termasuk,

pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 1.51 pagi.

Katanya, pihaknya yang tiba tujuh minit kemudiannya mendapati kedua-dua mangsa tersepit sebelum berjaya dikeluarkan pihaknya dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

“Berdasarkan maklumat awal mendapati kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dipandu lelaki berusia 24 tahun secara melawan arus di lokasi kejadian.

“Pacuan empat roda itu kemudiannya bertembung dengan dua mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Wira Aeroback,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Norazam menjelaskan, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Pemandu Mitsubishi Triton itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” jelasnya.

Kemalangan itu turut tular menerusi video berdurasi 29 saat memaparkan detik-detik insiden tersebut dengan perakamnya menyifatkan pemandu Mitsubishi Triton itu mabuk. – K! ONLINE

Tonton Video :


Pemandu lawan arus berdepan hukuman gantung

SHAH ALAM – Seorang eksekutif pemasaran yang memandu melawan arus sehingga mengakibatkan dua remaja terkorban di Kilometer 8.6 Lebuh Raya Persekutuan Ahad lalu bakal berdepan hukuman lebih berat.

Ini susulan polis telah mengklasifikasikan semula kes mengikut 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Sebelum ini, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahaya.

Mengikut seksyen itu hanya memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000.

Terdahulu, suspek berusia 24 tahun itu hadir ke Mahkamah Majistret Shah Alam pukul 9.20 pagi untuk proses lanjutan reman selepas reman enam harinya berkaitan Seksyen 41 (1) APJ 1987 berakhir hari ini.

Timbalan Pendaftar Norliza Hussin membenarkan lanjutan reman tiga hari selepas membenarkan permohonan daripada Polis Diraja Malaysia.

Peguam Ravi Nekoo dan Peguam R. Thanuja mewakili suspek tersebut.

Difahamkan suspek mempunyai 20 rekod saman lampau sebelum ini termasuk memandu laju dan melanggar lampu isyarat.

Kosmo! sebelum ini melaporkan dua remaja iaitu, Nur Afiqah Abdul Karim, 18, dan Muhammad Hafiz Syami Dzul Asri, 19, maut selepas kereta jenis Proton Wira Aeroback,

bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipandu melawan arus di Kilometer 8.6 Lebuh Raya Persekutuan, Ahad lalu.

Hasil ujian air kencing mendapati pemandu Mitsubishi Triton itu positif ganja. – K!ONLINE

Terdahulu tular rakaman Triton melawan arus sehingga melanggar kereta lain.

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.