“Tidak Ada Zikir Doa Wajib Boleh Pegang Telefon Bimbit” Video Pencetus Ummah Azman Mudahkan S0lat Di Rumah

Pendakwah bebas Azman Syah Alias atau dikenali sebagai PU Azman mengingatkan umat Islam agar tidak terasa beban untuk menunaikan solat tarawih.

Ini kerana katanya, solat sunat itu amat senang dilakukan walaupun tidak ke masjid susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jelas PU Azman, individu tidak perlu gusar mengenai bacaan surah dalam solat tarawih kerana ia bukan perkara yang membebankan.

“Lepas Al-Fatihah, anda boleh baca surah atau pun tak baca surah atau pun baca surah sama pun tak ada masalah. Tidak ada bacaan wajib sebelum dan selepas tarawih.

“Tidak ada zikir, doa yang wajib antara (pertengahan) tarawih. Anda boleh pegang Quran, pegang telefon bimbit atau pun letak dekat depan,” katanya di Instagram.

Sementara itu, PU Azman turut menjelaskan bahawa kanak-kanak lelaki yang belum mencapai usia akil baligh juga tidak dihalang untuk menjadi imam solat tarawih. Setakat ini, hantaran dimuat naik PU Azman mendapat 403,500 tontonan selain menerima 129,853 tanda ‘suka.’

kredit projekmm

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat