Tidak Kekok Lakukan, Eyra Hazali Kongsi Cara Solat Sambil Pegang Baby Terima Pujian (VIDEO)

Tidak Kekok Lakukan, Eyra Hazali Kongsi Cara Solat Sambil Pegang Baby Terima Pujian

PETALING JAYA – Pelakon Eyra Hazali mencuri tumpuan netizen selepas memuat naik rakaman video menunaikan solat sambil mendukung anaknya, Muhammad Hayder Qhalish yang berusia lima bulan.

Jelas Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 22, tindakannya mendukung anak ketika solat kerana Hayder hanya akan berhenti menangis sekiranya didukung.

Tangkap layar rakaman video yang dimuat naik Eyra dalam Instagram memaparkan dia sedang menunaikan solat sambil mendukung anaknya.

“Sebelum ini memang tak tahu caranya sebab apabila Hayder meragam dia akan menangis teruk dan saya biarkan saja sampaikan terfikir tidak ada cara lain untuk mendiamkannnya?

“Alhamdulillah, saya jumpa cara yang sangat mudah. Dukung, tetapi jika dia masih menangis, tenangkan saja sebab tak batal pun janji khusyuk dan aurat terjaga,” katanya dalam satu entri Instagram.

Tambah pelakon drama Puteri Yang Ditukar itu, walau apa pun terjadi, solat wajib ditunaikan namun semuanya boleh disesuaikan mengikut keadaan.

“Solat itu wajib, tidak kira dalam apa keadaan sekalipun dan pasti ada cara yang menyenangkan kerana Islam agama yang mudah.

“Susah juga macam ini sebab akan susah hati apabila dia menangis kuat tambahan pula dia memang manja sangat sampaikan hendak dukung saja.

“Tengoklah Hayder, waktu didukung elok saja tetapi bila letak saja, mengada-ngada nak guling juga. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua,” katanya lagi.


Eyra mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim(JDT) pada 1 November 2019. Pasangan itu kemudiannya dikurniakan cahayamata pertama, Hayder pada 14 Ogos tahun lalu.

Sementara itu, menurut panduan bersolat sambil mendukung bayi yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Islam membenarkan solat sambil mendukung bayi sama ada untuk solat fardhu atau sunat tetapi dengan syarat-syarat tertentu.

Sekiranya ingin menunaikan solat dengan cara tersebut, lampin bayi perlu dipastikan bersih daripada sebarang najis. Manakala, sewaktu takbiratul ihram, kedua-dua tangan tidak perlu diangkat sekiranya sedang mendukung bayi.

Ketika hendak sujud pula, bayi perlu diletakkan di sebelah dan sujud seperti biasa. Selesai sujud kedua, bayi boleh didukung semula sebelum memulakan rakaat seterusnya.

kredit kosmo

sumber: karteldakwah

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat