Tidak Semua Orang Dituntut Jadi Ahli Politik, Tapi Dituntut Belajar Ilmu Agama.

Tahun 2020 rakyat Malaysia menyaksikan perubahan landskap dan perkembangan politik negara yang masih belum menemui noktahnya.

Namun tindakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah yang menyelesaikan kemelut melanda dalam kalangan pemimpin utama parti politik meraih pujian ramai.

Selain berjiwa rakyat, baginda dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering menjadi tumpuan rakyat jelata yang kagum dengan sifat keperibadian pasangan tersebut.

Walaupun sibuk memerintah negara dengan jadual harian yang padat, baginda tidak lupa menunjukkan contoh dan tauladan terbaik sebagai Ketua agama Islam kepada masyarakat.

Terbaru, dua keping gambar Agong dan Permaisuri dimuat naik seorang pengguna Facebook yang berkongsi kisah inspirasi baginda dalam menjadi pemimpin negara.

Bestnya kalau suami isteri dapat bersama mengaji ilmu agama. Balik mengaji singgah warung ngeteh bersama.

Isteri kena bagi semangat kepada suami untuk mengaji. Suami jangan lupakan isteri bila mengaji. Tak semua orang dituntut menjadi pemimpin. Tetapi semua orang dituntut mengaji ilmu agama.

Kesimpulannya, pergilah mengaji. Tuanku dan Permaisuri telah mencontohkan kepada kita tentang tujuan hidup dan kebahagiaan hati.

p/s : Gambar sebelum PKP

Sumber : Pondok Ledang