Tinggalkan isteri dan 2 anak, rider m4ut motosikal terb4bas di pagi Jumaat

Seorang peniaga maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas masuk ke dalam longkang di Kampung Peralla 2, Gual Ipoh di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.20 tengah hari itu, mangsa, Mohamad Saifuddin Mat, 30, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian anggota badan.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Honda CBR 1000RR dari arah Kota Bharu menghala ke Gual Ipoh di sini.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui kawasan selekoh.

“Insiden itu menyebabkan, motosikal mangsa terbabas sebelum tercampak masuk ke dalam longkang yang berada di bahu kiri jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Zamri, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk dibedah siasat.

Sumber: Kosmo