Tular Jen4zah Berzikir Di Dalam Ker4nda Menyebut Kalimah LAAILAHAILLALLAH!

Tular Jen4zah Berzikir Dalam Keranda Sepanjang Perjalanan Ke Sebuah Masjid Di Tanjong Karang

Saya terpanggil untuk berkongsi satu kisah dilalui oleh rakan sukarelawan sewaktu menghantar jen4zah. Di sebalik kisah yang dikongsikan,

ini pasti akan ada segelintir pihak yang mengatakan ianya sengaja direka. Kononnya untuk menaikkan nama UKVJ atau “Strategy Marketing”.

Ini tanggapan sesetengah pihak yang tidak percaya terhadap Kebesaran Yang Maha Esa.

Saya tidak perlu mereka satu cerita menarik sebagai modal untuk dikenali. Atau menulis kisah tipu semata mata hendakkan perhatian dari pembaca.

Saya punya satu pendirian. Dan pendirian saya itu masih kekal sehingga kini. Saya mahu UKVJ dikenali disebabkan perkhidmatan pengurusan jen4zah yang ditawarkan. Bukan kerana perkara lain.

Memang pencetus UKVJ datangnya dari saya. Tetapi tanpa sokongan rakan rakan yang lain. Tanpa pengorbanan dari semua rakan rakan. Sudah tentu UKVJ tidak akan dikenali seperti yang anda lihat pada hari ini.

Pertama kerana mahu memudahkan urusan terakhir jen4zah. Kedua kerana Allah Taala. Bagi saya dunia fardhu kifayah bukan platform untuk mengejar “Glamour”. Jika saya mahu dikenali..

Rasanya bukan bidang pengurusan jen4zah yang akan saya pilih. Tetapi bidang lain. Contohnya masuk pertandingan raja lawak. Ok jom ikuti kisah tentang tajuk penulisan saya diatas.

Pengalaman yang dilalui oleh rakan sukarelawan itu berlaku sewaktu dalam perjalanan menghantar jen4zah. Lokasi penghantaran yang dituju ketika itu adalah ke Tanjung Karang.

Jen4zah berzikir menyebut Kalimah LAAILAHAILLALLAH!

Kejadian berlaku jam menujukkan pukul 08.35 malam. Bermaksud selepas waktu isyak. Rakan sukarelawan yang sedang memandu. Rakan yang duduk di kerusi bahagian kepala jen4zah. Dan rakan yang duduk belakang sekali di bahagian kaki jen4zah turut sama terdengar.

Bunyi suara itu boleh didengari dengan agak jelas walaupun sayup sayup. Selepas diamati suara zikir tersebut datangnya dari dalam keranda! Rakan sukarelawan yang mendengar hanya mendiamkan diri.

Suara berzikir sayup sayup itu berterusan sepanjang jalan. Berhenti sebentar kemudian bunyi yang ada kembali kedengaran. Dan bunyi itu hanya berhenti setelah van yang membawa jen4zah tiba di sebuah masjid.

Setibanya di masjid rakan sukarelawan terus menurunkan jen4zah dan meletakkan di dalam ruang masjid. Tugasan pada malam itu berakhir kerana pengurusan seterusnya diambil alih oleh pihak masjid.

Dalam perjalanan pulang barulah seorang dari rakan yang ada didalam van membuka cerita. Rupa rupanya 2 orang lagi rakan sukarelawan turut terdengar. Cumanya mereka tidak mahu bertanya sesama sendiri tentang bunyi suara tersebut.

Pada mulanya masing masing menyangka hanya mereka seorang sahaja terdengar. Sebab itu masing masing hanya berdiam. Jika anda ingin tahu.

Kisah tentang jen4zah yang berzikir ini sebenarnya telah saya tulis setelah jen4zah selesai dihantar ke masjid pada malam itu. Tetapi di akhir penulisan secara tiba tiba handphone saya term4ti dengan sendiri. Tidak sempat saya nak tekan butang share.

Alahai. Sakit betul hati masa tu. Part last tup tup handphone jem. Bila on semula paham paham sudah la. Habis hilang apa yang sudah dikarang.

So kisah tentang jen4zah itu tidak saya kongsikan pada malam tersebut. Terhenti begitu sahaja. Rupanya baru saya tahu. Ada kisah lebih,

menarik yang sedang berlaku pada jen4zah tersebut. Seperti belum diizinkan untuk saya berkongsi kisah tentang arw4h pada malam itu.

Jen4zah berzikir dalam perkongsian saya ini adalah seorang lelaki bujang berusia 39 tahun. 4rwah meningg4l dunia selepas 3 hari dimasukkan ke Hospital Klang kerana strok dan tekanan darah tinggi.

4rwah masih bujang dan sangat muliakan ibu dan adik beradiknya

Pada mulanya 4rwah hanya mengalami masalah tekanan darah tinggi. Tetapi tidak lama kemudian 4rwah diserang strok dan mengakibatkan lumpuh dibahagian sebelah badan. Sejak lumpuh 4rwah hanya mampu terbaring dan dijaga oleh adik beradiknya.

Dikatakan 4rwah adalah tulang belakang didalam keluarganya. 4rwah yang menyara ibu dan 8 orang adik beradiknya ketika masih sihat.

Anak kedua dari 9 orang adik beradik itu memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas kem4tian bapanya 16 tahun yang lalu.

4rwah berkerja sebagai petani dan membuat kerja kerja kampung demi meneruskan kelangsungan hidup keluarganya. Jelas 4rwah adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarganya.

Ibu dan adik beradiknya ditatang bagai minyak yang penuh. Saya yakin 4rwah juga korbankan masa remajanya demi untuk menyara keluarga. Apalagi yang 4rwah lakukan semasa hidup tidak kami ketahui.

Tetapi dari pengakhiran yang terlihat pastinya banyak perkara kebaikan yang telah dilakukan ketika hidupnya.. Allah temukan kami dengan ,4

rwah untuk di uruskan jasadnya. Jasadnya telah kami mandi dan kafankan sebaik yang mungkin. Kemudian sewaktu perjalanan terakhirnya.

Allah tunjukkan pula Kebesaran-NYA kepada kami. Masya Allah. Betapa hebatnya Allah Yang Satu. “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”

Menurut fb Mr Wan Cai lagi, selepas dirinya berkongsi posting di atas, ahli keluarga kepada waris ada menyatakan tambahan info. Mereka menyifatkan 4rwah,

seorang yang baik dan tak pernah berkata tidak pada orang yang meminta pertolongannya. Dan kerana itulah Allah memuliakan dirinya biar sudah tiada.



Sumber / Gambar : Mr Wan Cai Official via realmerah

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!