Umat Islam bertanggungjawab pelihara Masjid al-Aqsapelihara Masjid al-Aqsa pelihara Masjid al-Aqsa

BANGI, 19 Jamadilawal 1443H, Jumaat – Isu Palestin perlu dipandang serius oleh umat Islam kerana ia membabitkan perihal akidah.

Ini kerana di sana terletaknya Masjid al-Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam, kata Pengurus Operasi Wilayah Malaysia Aman Palestin Berhad (Aman Palestin), Khairul Amin Ibrahim.

“Apabila kita sebut Masjid al-Aqsa, ia akan terkait dengan semua umat Islam seperti mana mengucap dua kalimah syahadah.

“Ini masjid ketiga suci umat Islam. Tidak boleh dinafikan ini sememangnya tanggungjawab,” katanya dalam Bicara Palestin yang disiarkan di TV Pertiwi, malam ini.

Selain itu, Khairul berkata, kesedaran orang ramai mengenai isu ini dan kesediaan menghulurkan dana membolehkan Aman Palestin merancang beberapa projek pembangunan di Palestin dengan lebih baik.

Katanya, dana yang konsisten juga membantu untuk menjalankan sesuatu projek sekali gus menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat yang sebelumnya kelihatan ‘suram’.

“Sebagai contoh kita pernah membuat projek roti. Sebelum itu kesuraman dari segi pekerjaan yang tiada.

“Apabila kita membuat projek, kita menghidupkan beberapa sektor yang menyebabkan mereka (rakyat Palestin) ada kerja untuk menyiapkan roti dan boleh diagihkan kepada rakyat di Gaza.

“Kita juga menyediakan telaga di kawasan pertanian,” katanya.