Umur 30 an, aku serius cari jodoh. Duda an̷ak 6, buj̷ang tu̷a, laki org. Macam2 jumpa. Bila dh letih, jodoh tiba2 dat̷ang

#Foto sekadar hiasan. | Pengalaman Cari Jodoh Online

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam pembaca sekalian. Saya Naura berumur 35 tahun dan telah bernikah setahun yang lepas.

Kebelakangan ini ramai yang mempunyai masalah kesukaran untuk mencari jodoh kan.

Sertai Group Yang Ditaja–> Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Saya introvert dan kurang berkawan dengan lelaki sejak remaja jadi peluang untuk mencari jodoh tidaklah sebesar mana.

Apabila pandemik melanda, saya mula serius mencari jodoh. Saya mulakan misi mencari suami dengan menggunakan platform online.

Ketika itu ramai berseloroh bahawa ‘Selepas umur 30 lelaki yang baik samaada sudah berkahwin atau meninggal dunia’.

Tapi saya percaya jodoh saya masih ada diluar sana. Untuk makluman, cerita saya mungkin agak panjang.

Sepanjang perjalanan mencari jodoh online, pelbagai status lelaki saya dah jumpa.

Dari yang bujang, duda dan juga suami orang! Saya dah cuba 2 portal cari jodoh muslim dan 1 aplikasi dating yang terkenal.

Pada tahun pertama pandemik, saya mulakan dengan portal cari jodoh muslim.

Saya berkenalan dengan seorang lelaki dari selatan. Hanya berborak selama seminggu, dan rasanya tidak sekufu jadi saya terus berhenti perbualan dengan beliau.

Selepas itu, berkenalan pula dengan duda anak 6 yang berumur 45 tahun. Selepas bertukar mesej selama beberapa hari, juga rasa tidak sekufu.

Ketika saya ingin menghentikan perbualan kerana tidak mahu membazir masa, beliau marah dan memerli saya yang saya hanya mahukan bujang senang.

Mulanya memang marah kerana dituduh sebegitu. Tetaapi lega kerana sifatnya menunjukkan beliau seorang yang sangat controlling.

Kemudian berkenalan dengan H. H seorang bujang berumur 40 tahun. Bekerja sektor Oil & Gas dan kurang masa dirumah.

Walaupun pandemik, disebabkan kerja H di sektor ‘essential’, H kerap ke luar negeri.

Setelah 6 bulan berkawan, saya dapati H sejenis yang melayan ramai perempuan dalam satu masa.

Rupanya H ingin ‘test market’ dan membuang masa walaupun umurnya sudah menjangkau 40 tahun.

Ketika ingin menghentikan perbualan, saya sempat beritahu H bahawa jangan terlalu lama melayan perasaan wanita yang sudah menaruh harapan dan jangan permainkan perasaan wanita lain.

H tidak marah malah meminta maaf sekiranya saya ada menaruh harapan padanya.

Selepas itu saya berkenalan dengan S, seorang bujang berumur 49 tahun. S seorang yang berpangkat besar di sebuah bank jadi beliau stabil dari segala segi.

Saya berkawan dengan S selama 4 bulan sebelum menghentikan perbualan dengannya. Disebabkan faktor umur yang jauh berbeza, tahap pemikiran kami tidak sama.

Setiap kali berjumpa, kami hanya berborak kosong dan tidak lebih dari itu. S renggang dengan keluarganya jadi itu pun salah satu sebab saya berasa kurang senang kerana saya mahukan keluarga yang rapat.

S pernah beritahu bahawa dia serius mencari isteri, tapi hampir 4 bulan berkawan saya dapat rasakan hubungan kami tidak kemana dan S sejenis lambat bertindak.

Seterusnya, saya berkenalan dengan seorang bujang berumur 38 tahun. Namanya L. L seorang yang sangat sopan dan ketika berbalas mesej, kami ada sedikit persamaan.

Setelah beberapa minggu, kami bertukar nombor dan L mula menelefon saya. Perbualan pertama berlanjutan sehingga 1 jam.

Ketika itu saya mendapat tugas baru ditempat kerja jadi saya sangat sibuk.

L seorang yang sudah stabil, memiliki aset sendiri dan sudah bersedia berumahtangga.

Tapi itulah, disebabkan L bukan jodoh saya walau usaha macam mana pun hubungan itu tak dapat diteruskan.

Saya terlalu sibuk dengan pekerjaan baru dan makin lama saya dan L makin renggang. Plan untuk berjumpa selalu ditunda kerana faktor kerja masing masing. Memang ada sahaja halangan.

Selepas itu, ada dalam beberapa orang yang saya berkenalan secara online namun akhirnya tidak kemana.

Akhirnya saya berkenalan dengan R, dimana pada asalnya saya sangkakan R seorang bujang yang muda 2 tahun dari saya. Saya telah berjumpa R beberapa kali sepanjang perkenalan.

R sangat romantik dan pandai mengambil hati. R juga menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan saya cuma dia perlukan masa disebabkan faktor kerjanya yang ‘essential’.

R bekerja disektor pertahanan jadi saya percaya tentang kekangan masa R untuk hal peribadi. Sepanjang berkawan, saya rasa tak sedap hati.

Saya mula stalk R di media social. Rupanya R suami orang beranak satu! Patutlah tak punya masa, kerana R sudah bekeluarga.

Saya terus memutuskan hubungan dengan R walaupun hati saya sangat remuk kerana saya telah menyukai R.

Ketika ini saya telah pudar harapan untuk berkenalan dengan sesiapa secara online ataupun tidak. Boleh kata sudah give up.

Saya bertukar tempat kerja baru dan ditempat kerja 2 orang lelaki cuba mendekati saya. Seorang bujang 40 tahun, baru seminggu saya bekerja disitu terus hint dengan saya yang dia nak berkawan secara serius.

Saya beritahu beliau untuk beri saya masa, kerana saya masih baru ditempat kerja dan ingin fokus dengan tugas baru.

Kemudian dia bertindak memarahi saya kerana merasakan saya telah reject beliau. Semakin hari sifatnya membuatkan saya tak selesa dan saya menjauhkan diri.

Lelaki kedua seorang duda 41 tahun beranak satu. Beliau sering mencari saya ditempat kerja saya sehingga mengganggu ketenteraman saya.

Sering ajak keluar walaupun ditolak, dan sering hantar makanan walaupun saya cakap saya sedang berpuasa.

Akhirnya setelah sebulan diganggu, saya membohonginya dengan menyatakan bahawa saya akan bertunang. Saya cakap macam tu sebab saya mahu dia berhenti mengganggu saya.

Sama seperti lelaki sebelum ni, saya dimarahi dengan alasan tidak memberitahunya awal awal bahawa saya sudah berpunya sedangkan saya tak pernah beri peluang untuk beliau mendekati saya.

Tak lama kemudian atas desakan rakan baik, saya memuat turun satu aplikasi dating yang popular. Kali ini saya sangat ‘laid back’ dan tenang.

Maklumlah, sudah berpengalaman berkenalan ramai orang secara online.

Selepas beberapa hari, saya berkenalan dengan seorang lelaki bujang yang tinggal jauh di utara tanahair.

Genap beberapa minggu berborak, kami memutuskan untuk berjumpa. Kami sebaya dan rupanya kami belajar di kolej yang sama tapi berlainan jurusan dan semester.

Terlalu banyak persamaan sehinggakan saya sangat senang dengan beliau.

Asalnya kami setuju untuk mengambil masa dalam mengenali diri masing masing tapi jodoh dah sampai, apa yang dirancang tidak menjadi.

Dalam tempoh sebulan kami memutuskan untuk bertemu keluarga masing masing.

Hubungan kami lancar dan setelah 6 bulan mengenali secara serius, kami bernikah.

Beliau seorang yang sangat baik, budiman, bertanggungjawab serta memenuhi semua kriteria lelaki impian saya malah lebih lagi.

Jadi gurauan ‘selepas umur 30 lelaki yang baik samaada sudah berkahwin atau meninggal dunia’ itu adalah tidak benar sama sekali.

Demikianlah misi mencari suami. Disaat letih mencari, ketika itulah jodoh datang.

Atau mungkin sebelum ini terlalu mengharap, namun kecewa apabila tidak dapat apa yang dicari.

Kita berusaha, namun Allah yang menentukan segala galanya. Berusaha dan tawakal kepada Yang Maha Kuasa.

Sekiranya tidak mencari, tak mengapa.

Ada hikmah sekiranya tiada jodoh didunia. Sekiranya mencari tapi tidak membuahkan hasil, mungkin belum masanya lagi.

Yang penting, jangan ganggu rumahtangga orang.

Semoga pencari jodoh sekalian bertemu jodoh yang sesuai dan membawa ke arah kebaikan.

‘And We created you in pairs’ – Surah An Naba’ Ayat 8.

Reaksi Warganet

Yana Muhd
Congrats sis. Saya sampai sekarang masih usaha mencari guna dating apps ni.

Baru ni dah bercinta lepastu kena tinggal gitu je tanpa sebab dan alasan. Takda gaduh atau isu apa.

Kejam nya rasa siksa hati orang macam tu je. Rasa penat sangat nak mula balik. Tapi sentiasa bersangka baik je dengan Allah

Myra Leesa
Entah lah. Makin berusha mencari makin tak nampak bayang.

Bila orang sekeliling cakap aku memilih, aku diam jek. Tak layak ke aku nak merasa bahagia jugak.

Naemah A Salam –
Usaha mencari jodoh tu bukan semata mata mencari. Berusaha mendidik diri menjadi yang terbaik juga adalah usaha untuk mendapat jodoh.

Sekian komen dari si bujang macam saya. Haha

Zanariah Ali
Salam. Tahniah Naura kerana telah bertemu jodoh. Semoga berbahgia hingga ke Jannah.

Jodoh pertemuan adalah ketentuan Allah. Allah lebih mengetahui jodoh yang sesuai dengan kita.

Kita hanya berusaha dan berdoa untuk dipertemukan dengan jodoh yang baik.

Sumber – Naura (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Kredit: edisimedia

Pihak Media Portal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jemput join group ni, sama2 kita berkongsi info islamik. inshaAllah bermanfaat disana. terima kasih atas kerja sama anda semua.
Nak Join –> Klik Disini

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: