(VIDEO) Abang Viva Cepat2 Nak Tamatkan Live Di TikTok, Teruja Tahu Boleh Dapat Duit Dari Situ

(VIDEO) Abang Viva Cepat2 Nak Tamatkan Live Di TikTok, Teruja Tahu Boleh Dapat Duit Dari Situ

Dia juga masih ‘pening’ untuk membalas segala mesej yang diterima sejak viral tempoh hari.

Selepas mempunyai sedikit waktu rehat setelah berhari-hari membantu orang awam, Abang Viva telah berkesempatan membuat live di aplikasi TikTok yang baru dibuat olehnya.

Video: https://www.tiktok.com/@arraz91/video/7046456622054460698

Terus nak end live sebab nak dapat duit

Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah tindakannya yang segera mahu mengakhiri live tersebut kerana hendak mendapatkan duit seperti yang dikatakan pengguna TikT0k tersebut.

Dalam pada berinteraksi dengan warganet, ada diantara pengguna Tiktok telah membantu Abang Viva dengan mengajarnya mendapatkan coin yang boleh ditukar kepada duit jika membuat live di TikTok.

Video: https://www.tiktok.com/@afnannazli/video/7046445752083647745

Mereka semua mendoakan agar pemuda berusia 28 tahun itu terus dimurahkan rezeki dan mengekalkan sikap merendah diri yang ditonjolkan.

Ramai yang terhibur dengan tindakan spontannya dan masing-masing memuji sikap Azwan yang tetap humble walaupun sedang menjadi perhatian ramai ketika ini.

Jawab soalan berkenaan kereta yang nak diberi

Menurutnya, dia masih lagi berfikir dan hari Jumaat nanti baru berpeluang bertemu wanita itu untuk berbincang sama ada pemberian tersebut bersyarat ataupun tidak kerana ramai menasihatinya untuk menerima.

Selain daripada menjawab soalan-soalan random dari warganet, Abang Viva juga ada menyentuh perihal hadiah kereta 4×4 yang ditawarkan kepadanya oleh seorang usahawan kosmetik tempoh hari.

Video: https://www.tiktok.com/@afnannazli/video/7046468544019713282

Ajak ramai2 follow biar dapat duit

Jadi, melihat daripada respon orang ramai tentang tindakan murninya membantu orang ramai, kebanyakan pengguna Tiktok mengajak,

warganet yang lain untuk mengikuti media sosial Abang Viva agar dia boleh membuat live dan memperolehi pendapatan dari hasil live tersebut.

Video: https://www.tiktok.com/@_rizz._/video/7046468784739061019

Dia yang datang dari Melaka dengan membawa Perodua Viva dan berbekalkan RM50 telah pergi ke kawasan-kawasan banjir untuk memberikan bantuan segera.

Untuk makluman, nama Azwan Omar viral selepas seorang pengguna Twitter memuat naik gambarnya yang sedang berehat sebentar,

selepas membantu mangsa-mangsa banjir yang terperangkap dalam bencana banjir di Sri Muda dengan bot persendiriannya.

Dirinya bukan hanya mendapat pujian ramai, bahkan disebut dalam satu khutbah Jumaat tempoh hari sebagai tanda menghargai jasa serta pengorbanan yang telah dilakukan.

Sumber: TikTok @arraz91, @_rizz._, @afnannazli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Press Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih