(Video) Ayah ’Gelak Besar’ Buka Sampul Hadiah Hari Jadi, Namun Sempat Tanya Hadiah Untuk Mak Bikin Ramai Sebak

(Video) Ayah ’Gelak Besar’ Buka Sampul Hadiah Hari Jadi, Namun Sempat Tanya Hadiah Untuk Mak Bikin Ramai Sebak

Melihat ibu bapa gembira adalah satu kepuasan bagi anak yang menginginkan kebahagiaan buat orang tua mereka. Kadangkala,

perkara kecil yang terlihat pada mata kita sudah mampu menggembirakan hati ibu bapa. Bukan harta berjuta yang mereka mahukan, namun ingatan daripada si anak yang sebenarnya diinginkan.

Baru-baru ini, seorang wanita dengan nama pengguna @instaartfilzah telah berkongsi video sambutan hari lahir ayahnya di media sosial. Video yang mendapat lebih 600 ribu tontonan itu berjaya membuatkan hati orang ramai tersentuh.

Tak kurang juga, ada yang mengaku sempat menitiskan air mata melihat kegembiraan yang terpancar di wajah si ayah.

Dalam video itu, Filzah telah menghulurkan empat sampul yang mengandungi wang dengan nilai berbeza kepada ayahnya.

Si ayah yang sedang menggunting cili kering itu kemudiannya diminta untuk memilih dua daripada sampul tersebut.

Melihat kandungan di dalamnya, lelaki berkenaan teruja dan terus ketawa riang, membuatkan orang ramai terhibur melihat reaksinya.

Bukan itu sahaja, beliau juga tidak lupa bertanyakan hadiah buat isterinya.

Selamat Hari Lahir ayah.. Simple game untuk ayah

Video: @instaartsfilzah

Video itu membuatkan orang ramai tersentuh dan menitiskan air mata sebak.

Masih ingat kat isteri

Seronok tengok ayah dia gelak

Rindu arwah ayah

Suka tengok senyuman seorang ayah

Sumber: siakapkeli

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat