[VIDEO] Bagaikan ‘Prison Break’, 6 Warga Pale$tin Berjaya L0los Dari P3nj4ra Isr4el Guna Terowong

6 warga Palestin yang dipenjara di Penjara Gilboa di Israel dilapor berjaya meloloskan diri melalui terowong rahsia y4ng digali mereka pada awal pagi Isnin.

Jurucakap polis, Eli Levi berkata, keh1langan mereka dikenal pasti setelah beberapa kesan yang ditinggalkan ditemui di sekitar kawasan p3njara berkawalan keselamatan tinggi berkenaan pada pukul 3.30 pagi.

“Malam semalam, kami m3nerima laporan2 mengenai beberapa kesan mencurigakan yang ditemui di ladang pertanian p3njara.

“Pantas kami dapati bah4wa ada tahanan yang hilang dari sel mereka, enam orang kesemuanya melarikan diri,” katanya kep4da Israeli Kan Radio, memetik Aljazeera.

Laporan tempatan mel4porkan, mereka berkongsi satu sel yang sama sebelum melarikan diri melalui terowong, selain dip3rcayai turut mendapat bantuan pihak luar.

Hasil siasatan mendapati, laluan ter0wong tersebut digali menggunakan sudu bermula dari bawah tandas di dalam sel mereka dan menvju ke arah luar kawasan fasiliti penjara.

Seluruh agensi keselamatan Israel kini giat m3njalankan operasi menjejaki mereka secara besar-besaran termasuklah menggunakan helikopter di sekitar bandar dan kampung berdekatan Tebing Barat.

Sementara itu Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett bertegas, kes pelarian banduan tersebut diklasifikasikan sebagai ins1den yang sangat serius dan perlu diselesaikan segera.

Untuk rekod, banduan yang dikenal pasti melarikan diri itu antaranya ialah Zakariye Zubeidi, 46, yang merupakan bekas pemimpin Fatah di wilayah Jenin, Tebing Barat.

Difahamkan, Zakariye adalah salah seorang daripada lima anggota Palestinian Islamic Jihad yang dihukum penjara seumur hidup kerana didakwa terlibat dalam serangan ke atas Israel semasa era Intifada Palestin pada awal 2000 dahulu.

Turut sama yang melarikan diri ialah Monadel Yacoub Nafe’at, 26; Yaqoub Qassem; Yaqoub Mahmoud Qadri, 49; Ayham Nayef Kamamji, 35, dan Mahmoud Abdullah Ardah, 46.

Penjara Gilboa merupakan sebuah penjara khas di bawah Perkhidmatan Penjara Israel yang dibuka bermula 2004 semasa era Intifada Palestin kedua.

Difahamkan, ia dilengkapi dengan kawalan keselamatan yang agak ketat bagi mengawal rapi ratusan banduan Palestin yang dihukum penjara di sana.

Sumber : Aljazeera / BBC | SiakapKeli

Dah Baca ? Sila Share dan kongsi dengan rakan Anda !