[VIDEO] Ibu P0sitif Covid-19 Meningg𝐚l Duni𝐚 Selepas Melahirkan Bayi Pramatang

Wabak Covid-19 kini merebak dengan cepat dan langsung tidak mengenali sesiapa. Di samping warga emas, Wanita hamil juga berisiko mengalami komplikasi serius dan berisiko tinggi melahirkan bayi pramatang.

Wanita tak sangka dijangkiti C0vid-19 saat hamil 7 bulan
Terdahulu, Wanita bernama Indaah ini mendedahkan bahawa dia positif untuk Covid-19 ketika berkongsi keputusan ujian swab. Walaubagaimanapun,

dia tidak dapat pulang ke rumah kerana perlu dipantau oleh staf perubatan memandangkan sedang hamil 7 bulan.

Sayang dah tak menderita lagi…saya berjanji akan menjaga anak kita dengan baik, semoga Husnul Khotimah

Namun tanpa disangka2, Indaah telah dijemput Ilahi 2 hari lalu selepas melahirkan bayi pramatang. Walaupun anaknya selamat, dia masih perlu berada di bawah pengawasan doktor kerana dia masih lemah.

Menerusi TikTok suaminya pula, Ramadanu berkongsi detik sayu membawa wanita berkenaan hingga selamat dikebumikan. Selain mengharapkan isterinya meninggalkan Husnul Khotimah, dia juga berjanji akan menjaga dengan baik cahaya di mata mereka.

Kenapa pergi secepat ini, kesian anak & suamimu … tenanglah di syurga, kakak ipar saya

Antara yang terkesan dengan kehilangan itu adalah adik iparnya, Rena Maulida. Selain throwback kenangan akhir bersama, dia turut berkongsi coretan akhir Indaah yang sangat menghargai kehadiran suami dalam hidupnya. Wanita ini juga menyatakan bahawa dia akan menolong abangnya untuk membesarkan bayi.

Sumber: TikTok indaah2610, ramadanu1103 & renamaulida19/ Viral News Update