[VIDEO] Isteri Sedih Keguguran, Reaksi Suami Seolah Marah Buat Netizen Bengang

Ramai di luar sana masih menanti kehadiran cahaya mata bagi menyerikan lagi rumah tangga yang dibina.

Pastinya, pelbagai usaha dan rawatan dilalui oleh pasangan yang TTC (Trying To Conceive) namun masih ramai yang masih belum mempunyai rezeki menimang cahaya mata.

Namun, setiap pasangan pastinya diuji dengan ujian masing-masing dan kita sebagai hambaNya perlu redha dan sabar dengan ujian yang menimpa.

Isteri seringkali berada rendah diri apabila masih belum dikurniakan zuriat

Kebiasaannya, isteri adalah pihak yang diselubungi rasa bersalah bila dikaitkan dengan isu zuriat dan berasa rendah diri apabila isu tersebut diperkatakan.

Seringkali pasangan TTC berdepan dengan situasi apabila ditanya mengenai zuriat, namun sabar merupakan kunci utama meskipun isu berkenaan mengguris hati kecil mereka.

Wanita ini kongsi penerimaan suami apabila dirinya keguguran

Begitu juga dengan perkongsian video seorang wanita yang telah tular di media sosial mengenai penerimaan suaminya apabila dia keguguran.

Menerusi video yang tular di aplikasi TikTok, wanita ini berasa bersalah kerana mengecewakan suaminya yang berhasrat menimang cahaya mata apabila dia disahkan keguguran.

Suaminya berdiam diri sepanjang perjalanan pulang

Wanita ini memuat naik satu video reaksi suaminya apabila mendapat berita mengenai keguguran bayi mereka.

Dalam video tersebut, kelihatan suaminya berdiam diri sepanjang perjalanan pulang dari klinik.

Suami muat naik status kecewa

Bahkan, suaminya turut memuat naik beberapa status pilu di WhatsApp menggambarkan kekecewaan lelaki itu apabila mengetahui mengenai perkata itu.

Walaubagaimanapun, video yang tular di TikTok itu telah mendapat pelbagai kecaman daripada netizen.

Wanita itu dedah sikap sebenar suami

Akhirnya, wanita tersebut mendedahkan sikap sebenar dan memperbetulkan keadaan sebenar apa yang berlaku.

Dia menyifatkan suaminya seorang yang penyayang kerana sanggup mengambil alih semua urusan dirumah.

Suami larang dirinya lakukan rutin harian

Malah, suaminya turut melarang isterinya melakukan rutin harian sebelum hamil kerana mahu isterinya mendapat rehat yang cukup semasa hamil.

Namun begitu, kerana sikap keras kepala wanita itu yang tidak mempedulikan larangan suaminya itu.

Keguguran kerana sikap degil dirinya tidak mendengar kata

Justeru itu, wanita tersebut akhirnya sedar apabila dia disahkan keguguran oleh kerana sikapnya yang tidak mendengar nasihat suaminya sebelum ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dan mendoakan agar pasangan ini beroleh cahaya mata suatu hari nanti.

Seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab

Mereka juga berpesan supaya berehat dan berhenti seketika daripada melakukan kerja-kerja yang tidak sepatutnya ketika hamil.

Malah, mereka turut memuji sikap suami wanita itu yang dilihat bertanggungjawab dan penyayang dalam menjaga kebajikan isteri tercinta.

Video yang tular di TikTok

“Suamiku Pantas Marah.. Maafkan Sdh mengecewakanmu.”

Video kedua mengenai sikap suaminya yang sebenar

Kredit: YOY Network