(Video) Keselamatan Bas Dipertikai Kerana Bergerak Senget, Netizen Tampil Beri Penjelasan

Kendera.an bersaiz besar memang sentiasa perlu berada dalam keadaan selamat supaya ia tidak menjejaskan pergerakkannya dan mengakibatkan kemal4ngan yang melibatkan pengguna jalan raya yang lain.

Baru-baru ini netizen mempertikaikan satu rakaman vldeo yang tular di mana ada sebuah bas ekspres yang sedang bergerak di atas lebuh raya dalam posisi senget menyerupai pergerakan ketam.

Orang ramai mempertikaikan adakah bas ekspres tersebut masih selamat digunakan, serta bagaimana pihak bertanggungjawab ‘memberikan lampu hijau’ kepada bas itu untuk bergerak di atas jalan raya.

Pertikaian tersebut telah menarik perhatian beberapa pihak untuk memberikan pandangan mengikut pengalaman peribadi mereka dalam mengendalikan kenderaan bersaiz besar ini.

Rata-rata menyatakan bas tersebut masih selamat untuk di bawa seperti biasa, namun perlu dipandu pada kelajuan yang perlahan.

Kenapa mereka menyatakan bas tersebut masih selamat untuk dibawa? Menurut mereka, bas menggunakan sistem leaf spring atau air suspension (belon). Jika center pin patah,

bas akan berjalan menyenget seperti ketam dan jika belon pec4h, bas akan menjadi senget sebelah. Bas akan jadi bahaya untuk dibawa andaikata kedua-dua sekali centre pin tercabut.





Tambah pihak-pihak yang berpengalaman lagi, situasi center pin patah memang tidak boleh dijangka kerana ia boleh berlaku bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Jadi pemandu perlu cekap menangani situasi tersebut supaya para penumpang serta pengguna jalan raya lain dalam keadaan selamat.

Dalam satu kisah lain pula, lihat rakaman dashcam seorang kanak-kanak lelaki nyaris dilanggar kenderaan awam setelah dia meluru melintas jalan raya tanpa pengawasan orang dewasa.