Video – Perkembangan positif. Ainul Mardhiah dah dapat Kaki. Tapi kat leher dia apa?

Nurul Erwani Kongsi Video Perkembangan Terkini Anaknya, Ainul Mardhiah Buat Ramai Tumpang Gembira Dan Bersyukur. Wah, Ainul Dah Nak Pandai Berdiri Lah !!

Ainul Mardhiah sememangnya buah hati kesayangan rakyat Malaysia. Apa sahaja perkembangan terkini Ainul sememangnya dinantikan oleh semua. Sejak akhir-akhir ini Ainul menunjukkan perkembangan yang positif dan cukup baik sekali.

Ibu Ainul, Nurul Erwani sering berkongsi perkembangan Ainul di laman Instagram miliknya. Walaupun perkembangan Ainul agak lewat berbanding kanak-kanak seusianya namun setiap perubahan yang berlaku merupakan berita baik buat semua.

Terbaharu, Ainul kini sudah menunjukkan tanda-tanda bahawa dia akan boleh berjalan dengan sendiri tidak lama lagi. Inilah yang dikongsikan oleh Nurul Erwani di akaun Instagramnya beserta video Ainul yang seolah-olah hendak berdiri.

Video yang berdurasi dalam seminit itu menunjukkan Ainul yang sedang merangkak dan mencuba mengangkat pungg0ngnya seperti mahu berdiri.

Perkara ini membuatkan ramai netizen gembira dan bersyukur. Kini beliau bertatih-tatih sedikit demi sedikit Alhamdulilah, usaha lagi ye Ainul !!

Jom tonton video di bawah :


Rata-rata netizen memanj4t rasa syukur. Antara komen-komen mereka :

Kalau belajar berjalan ni tak jatuh tak syok lah kan Ainul. Itulah moment yang best

Alhamdulillah ainul syggg.. haha aduhai, ainul.. Wekanggg habis tu nk jatuh nasib baik pandai imbang..

sy pn trgelak..sory Ainul..awak tetap comel

Acik plak yg terjerit tak sengaja tgk ainul tertonggeng tu. gudjob ainul. Semoga membesar dgn sihat.


Sebagai ibu pastinya perkara ini sangat menggembirakan. Tambahan pula Ainul tidak lama lagi akan bergelar seorang kakak. Sekurang-kurangnya Ainul sudah boleh berdikari sendiri apabila adik dilahirkan. Semoga Ainul terus sihat sentiasa.