(video) Rakaman Lelaki Layan Anak Makan Dgn Serba Sederhana Tapi Kelihatan Sangat Bahagia Bikin Sentuh Hati Netizen

Kadangkala perkara yang nampak ringkas, sudah cukup untuk membuatkan kita bahagia. Pokoknya, bersyukur.

Tak semestinya perlu ke restoran mewah untuk bersama insan tersayang, malah, jika bersantai di warung tepi jalan pun sudah cukup untuk luangkan masa berkualiti bersama sepertimana dilakukan lelaki ini bersama anaknya.

Memetik Suara.com, rakaman mereka berdua telah dikongsikan seorang pengguna bernama @mummyyi di TikTok.

Dalam video berkenaan, kelihatan lelaki separuh abad itu menyuap anaknya makanan dipercayai mi sebelum ia jatuh ke lantai.

Tidak marah, malah lelaki itu hanya tersenyum mesra melihat anak perempuannya itu dengan pandangan kebapaan. Gelagat mereka itu telah menyentuh hati orang ramai yang mendoakan dua beranak tersebut.

Lihat Video

@mummyyi

Subhanallah

♬ lagunya begini nadanya begitu cover aci – nona saidah

Rindu ayah

Dulu makan dengan ayah, tapi cuma aku yang makan sebab duitnya tak cukup

Rindu, dulu sering diajak ke warung

Sumber: Suara.com, TikTok via siakapkeli