(Video) ”Saya Segan Nak Kupas Isu Ni, Mohon Doakan ” – Diana Amir Mengaku Sudah Berniqab

Pelakon Diana Amir mengakui segan untuk mengupas lebih lanjut mengenai penampilan terbah4runya kini yang sudah berniqab.

Jelas Diana, dia memohon peminat dan orang ramai mendoakannya dan terus membuka hatinya untuk belajar tentang agama.

“Sebenarnya saya segan nak kupas isu niqab ni, kalau ada orang tanya saya hanya minta mereka doakan saya.

“Jadi mohon sah4bat yang berhati mulia doakan saya yang banyak lagi nak belajar ni diberi kefakihan agama, taufiq dan hidayah Allah,” kongsinya di Instagram.

Dalam hantaran sama, Diana turut memuatnaik sepotong video daripada temubual bersama Hijabista baru-baru ini.

Dalam video berkenaan, Dia mengakui mahu mencari keberkatan dan keredaan Allah.

Tambah Diana, berniqab merupakan salah satu fasa dalam kehidupannya dalam dan mengharapkan d0a daripada orang ramai.

“Ini salah satu fasa untuk saya nak dekatkan diri dengan Allah, jadi saya harap doakan yang terbaik.

“Yang pentingnya saya tidak melanggar syarak dan paling penting hati saya melakukan apa-apa saja bukan hanya berniqab tapi ibadah yang lain ikhlas lillahitaala. Semoga mendapat rahmat Allah,” katanya.

Mengulas mengenai perjalanan untuk istiqamah, kata Diana dia harus mencari hikmah dalam setiap tindakan yang dilakukan agar dipermudahkan oleh-Nya.

“Perjalanan untuk istiqamah itu saya rasa paling penting untuk semua orang adalah dirinya sendiri. Kalau niat dia kerana Allah, insya-Allah kita berjalan kepada Allah.

“Allah akan ‘berlari ‘ bantu kita. Nak dekatkan diri kita kepada Allah.

“Jadi, saya rasa sebagai hamba Allah yang banyak kekurangan ni haruslah bersangka baik dengan Allah.

“Kalau ktia dapat yang buruk-buruk kita akan rasa susah. Kita akan rasa banyak cabaran. Tapi kalau kita istiqamah, cari apa hikmahnya kita akan dapat,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen juga tidak ketinggalan untuk meninggalkan komen yang positif berbaur doa buat pelakon tersebut.

Komen netizen:


Sumber: Gempak

Pihak Portal Islamik tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Oscar’s Oasis Ya.

Jemput join group ni, sama2 kita berkongsi info islamik. inshaAllah bermanfaat disana. terima kasih atas kerja sama anda semua.
Nak Join –> Klik Disini

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: