(VIDEO) Selepas Pemuda Indla Cvci Masjid, Pelajar UIA Pula Bantu Bersihkan Kvil

(VIDEO) Selepas Pemuda India Cuci Masjid, Pelajar UIA Pula Bantu Bersihkan Kuil

Terbaharu, sebuah lagi video menarik perhatian warganet apabila sekumpulan sukarelawan terdiri daripada pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) membersihkan sebuah kuil Hindu di Taman Klang Utama.

Beberapa hari lalu, tular satu video memaparkan sekumpulan pemuda berbangsa India membantu membersihkan masjid yang terjejas akibat banjir di Klang, Selangor sehingga meraih pujian ramai.

Penyelaras Parti Bangsa Malaysia (PBM) bagi Parlimen Klang, Nallan Dhanabalan memuat naik video tersebut di laman Facebook menyifatkan masyarakat sedia berkhidmat tanpa mengira bangsa dan agama.

VIDEO: https://www.tiktok.com/@nallan.dh/video/7045137842711956762=70451378

Video berdurasi 34 saat itu turut tular di aplikasi TikTok sehingga meraih 483,000 tontonan selain lebih 5,000 komen warganet yang terharu melihat tindakan sukarelawan berbilang kaum saling menyumbang tenaga antara satu sama lain.

Sumber: Facebook & TikTok Nallan Dhanabalan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Sinar Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kami tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih