(Vidoe) Pemandu Bezza Terkejut Lepas Nampak Polis Rempuh Motosikal Hingga Tercampak

SEORANG PENUNGGANG MOTOSIKAL TERCAMPAK KE TENGAH JALAN SELEPAS DILANGGAR KERETA PERODUA BEZZA YANG BERPUSING KERANA DIPERCAYAI TERKEJUT DI JALAN BUKIT PUTUS MENGHALA KE KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN.

DALAM KEJADIAN YANG TULAR DI LAMAN SOSIAL FACEBOOK ITU, PEMILIK AKAUN RISDAN MOHD YASSIN BERKONGSI DI GRUP DASHCAM OWNERS MALAYSIA SEBUAH VIDEO BERHUBUNG INSIDEN BERKENAAN.

BERDASARKAN STATUS RISDAN, KEJADIAN BERLAKU PADA ISNIN, KIRA-KIRA PUKUL 8 PAGI KETIKA BEBERAPA POLIS TRAFIK BERADA DI LOKASI YANG SAMA UNTUK MENGENDALIKAN SATU KEMALANGAN LAIN SEBELUM ITU.

LIHAT VIDEO DI BAWAH SEKALI.

KATANYA MENERUSI PEKONGSIAN VIDEO BEDURASI 1 MINIT ITU, KEMUNGKINAN KERETA BEZZA BERWARNA MERAH ITU BERPUSING KERANA TERKEJUT MELIHAT POLIS TRAFIK YANG BERADA DI TEPI JALAN.

“KERETA BEZZA TERBABAS DAN MELANGGAR ORANG DI TEPI JALAN. DI KAWASAN ITU SEPERTINYA ADA SATU KEMALANGAN LAIN, SEBUAH KERETA TERBABAS KE DALAM GAUNG.

“KESIAN PENUNGGANG MOTOR YANG BERHENTI TENGOK KEMALANGAN PERTAMA ITU. DIA TERCAMPAK KERANA DILANGGAR KERETA BEZZA TERSEBUT.

“LOKASI DI JALAN BUKIT PUTUS ARAH KE KUALA PILAH, VIDEO INI BOLEH DIJADIKAN BUKTI SEBAB KERETA BEZZA ITU MEMANG DIPANDU LAJU,” KONGSINYA.

VIDEO BERKENAAN MENDAPAT LEBIH 1,400 REAKSI DAN DIKONGSI LEBIH 300 KALI. DALAM VIDEO YANG DIKONGSI, KENDERAAN

BEZZA ITU DILIHAT DIPANDU LAJU YANG MANA IA KEMUDIAN SECARA TIBA-TIBA MENEKAN BREK KEMUDIAN BERPUSING.

KERETA ITU TURUT MELANGGAR SEORANG PENUNGGANG MOTOSIKAL, DIPERCAYAI SEORANG LELAKI YANG BERADA DI LOKASI KEJADIAN HINGGA MENYEBABKAN DIA TERPELANTING KE TENGAH JALAN.

PENUNGGANG MOTOSIKAL ITU JUGA DILIHAT LANTAS BANGUN MENYELAMATKAN DIRI KE TEPI JALAN.

MUJUR TIADA KENDERAAN LAIN YANG DEKAT MENGIKUT BEZZA ITU KERANA JIKA ADA KEMUNGKINAN PENUNGGANG MOTOSIKAL ITU BERDEPAN KEMALANGAN YANG LEBIH PARAH. MAJORITI