(Vlde0) Seakan Nak Halang Habitat Diteroka, Harimau Tiba-Tiba Muncul ‘Perhati’ Gerak-Geri Pekerja

Seekor harimau sumatera dilaporkan telah muncul ketika pekerja dari sebuah syarikat perladangan di Kabupaten Pasaman Barat, Sumatera Barat sedang melakukan kerja-kerja pembukaan tanah.

Memetik laporan Detik News, hidupan liar itu seolah-olah menghalang pekerja daripada menebang pokok di dalam hutan tersebut.

Video kemunculan harimau itu telah tular di media sosial pada hari ini. Ia dipercayai dirakam oleh pekerja yang sedang berada di dalam sebuah jengkaut.

Difahamkan, terdapat dua video yang disebarkan di mana video pertama di ambil dari sisi jengkaut tersebut. Harimau itu dilihat berdiri di atas tanah bekas hutan yang dipenuhi dengan jentolak, lapor Detik News.

Sesekali haiwan itu dilihat berjalan dan kemudiannya berbaring sambil memerhatikan gerak-geri pekerja. Sementara itu, dalam video kedua, seekor harimau dilihat cuba menghalang pokok daripada ditarik oleh jengkaut.

Ketua Balai Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA) Sumatera Barat, Ardi Andono mengesahkan insiden kemunculan harimau di dalam video tersebut. Menurutnya, pasukannya telah diarahkan untuk ke lokasi kejadian.

“Betul, itu harimau Sumatera yang keluar dari habitatnya dan merasa terganggu oleh kegiatan pembukaan tanah yang dilakukan oleh dua jengkaut.

“Lokasi itu belum dapat dipastikan tetapi ia kemungkinan di PT Sinar Halomoan (Pasaman Barat),” katanya ketika dihubungi oleh Detik News.

Kemunculan harimau Sumatera di lokasi tersebut bukanlah pertama kali. Menurut Detik News, seekor harimau Sumatera pernah dirakam muncul di kawasan ladang kelapa sawit milik sebuah syarikat di Sungai Aur, Kabupaten Pasaman Barat pada Julai 2021.

Seminggu selepas itu, harimau tersebut dilaporkan telah ditangkap dan dilepaskan kembali di Hutan Simpan Panti Batang Gadis, Kabupaten Pasaman Barat.

View this post on Instagram

A post shared by Terang Media (@terangmedia)

Sumber: Detik News

Pihak Portal Islamik tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Oscar’s Oasis Ya.

Jemput join group ni, sama2 kita berkongsi info islamik. inshaAllah bermanfaat disana. terima kasih atas kerja sama anda semua.
Nak Join –> Klik Disini

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: