Wahai k’jaan, jgn sia-siakan lagi 2 minggu kami…

“Kerajaan telah mengumumkan perlaksanaan PKP 3.0 untuk sekian kalinya ke atas beberapa buah negeri dan sekatan-sekatan lain di negeri-negeri perlaksanaan PKPB / PKPD. Ramai yang terkesan dengan keputusan ini sama ada dari sudut ekonomi,

pendidikan mahupun emosi. Ditambah lagi keluhan orang tua di kampung yang tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama anak cucu kesayangan di lebaran ini.

Rindu kami pada mereka semakin mendalam. Ada di antara kami yang hanya sempat menatap jasad kaku orang tua yang men1nggal dunia sebelum sempat mereka bersua! 😭 Sebahagian rakyat,

Malaysia sudah memahami dan akur dengan keputusan ini walaupun ia perit untuk diterima. Segala jenis bentuk SOP dan larangan semua dapat diikuti dengan patuh.

Namun segelintir golongan lagi yang masih berdeg1l dan keras kepala inilah menyebabkan PKP ini bagaikan tidak berkesudahan! Tidak kiralah sama ada mereka golongan kayangan mahupun awangan, semuanya patut dikenakan tindakan tegas!

Wahai Kerajaan Malaysia yang mentadbir tanah air kami ini! JANGANLAH SIA-SIAKAN LAGI 2 MINGGU KAMI!

Jika setelah 2 minggu yang terbuang ini berlalu namun peningkatan kes masih sama atau bertambah, elok BERHENTILAH JADI KERAJAAN YANG MEMERINTAH!

Laksanakanlah PKP setegasnya sebagaimana tegasnya kalian ketika PKP 1 dahulu! Janganlah buat kerja acuh tak acuh! Usah pilih bulu!

Jika nak sekat, sekat semua sekali! Biar 2 minggu ini betul-betul berkesan!! Bukan setakat hangat-hangat TAH1 AYAM!! Ingatlah, emosi rakyat kini semakin tidak stabil.

Banyak perkara di luar jangka boleh berlaku. Banyak rungutan di sana-sini. Banyak rakyat tertekan dengan perlaksanaan PKP yang berpanjangan ini!

2 minggu lagi kami dipaksa ‘berkurung’. Harap jangan ditambah lagi janji manis kalian 2 minggu lagi! Ungkapan ‘2 minggu saja’ itu sudah lali bagi kami. Sejak dahulu 2 minggu sedar tak sedar sudah 2 tahun kami ‘dikurung’!

Anggota penguatkuasa, anggota kesihatan dan kakitangan kerajaan dalam pelbagai sektor seperti pendidikan, ekonomi dan lain-lain semuanya turut terkesan!

Mereka hanyalah melaksanakan perintah kerajaan. Namun mereka pula yang dih1na dan dicaci! Ini tidak adil kerana mereka juga rakyat Malaysia seperti kami!

Wahai Kerajaan Malaysia. Buatlah sesuatu tindakan dengan berkesan dan bersungguh-sungguh! Bukan sekadar menangguk di air keruh! Jangan sia-siakan 2 minggu kami lagi! Kami rakyat semakin terseksa!!!”

Kredit; Muhammad Rafieudin Zainal Rasid