Waktu Solat Selangor 2021 Mengikut Zon

Waktu solat adalah panduan untuk umat islam mendirikan solat tepat pada waktunya. Bukan itu sahaja, waktu solat juga di jadikan sebagai panduan untuk mereka yang berpuasa untuk sahur dan berbuka puasa.

Tanpa kita mengetahui masa solat yang betul, sukarlah untuk kita mendirikan solat tepat pada masanya dan mereka yang sedang berpuasa sukar untuk melaksanakan ibadah puasa.

Justeru itu, kita perlu sentiasa semak masa solat di negara kita terutama sekali jika anda berada di luar dari kawasan anda tinggal.

Waktu Solat Berbeza Mengikut Kawasan Di Negeri Selangor
Waktu solat

Waktu solat di negara kita sangat berbeza dengan masa solat di luar negara. Ini kerana, waktunya juga berbeza. Bukan itu sahaja, waktu solat dalam negara kita berbeza mengikut daerah dan juga negeri. Bukan itu sahaja, masa solat juga berbeza-beza pada setiap hari.

Untuk mengetahui jadual masa solat bukanlah satu perkara yang sukar kerana anda boleh menyemaknya pada setiap hari sama ada melalui internet, surat kabar ataupun anda boleh semak di Portal e-Solat. Jom admin kongsikan dengan anda jadual masa solat di negeri Selangor mengikut zon.

Zon 1

Zon 2

Baca Juga: 5 Bacaan Doa Selepas Solat Yang Anda Boleh Amalkan

Zon 3

Macam Mana Hendak Menentukan Masuknya Solat Fardhu??
Selain dari cara di atas, ada satu lagi cara untuk anda mengetahui jadual masa solat terutama sekali apabila kita berada di luar negara.

Cara inilah yang selalu di gunakan untuk pihak yang sepatutnya menentukan masa masuknya solat untuk setiap solat fardhu tersebut. Caranya dengan menggunakan waktu matahari istiwa.

Waktu Matahari Istiwa

Matahari istiwa (rembang/transit) adalah ketika pusat matahari melintasi satah Meridian Samawi Tempatan. Meridian Samawi Tempatan adalah unjuran Longitud Stesen Tempatan. Waktu istiwa boleh ditentukan secara fizikal dengan melihat pergerakan bayang-bayang sesuatu tiang yang tegak.

Ketika istiwa, bayang tiang berada pada ukuran paling pendek. Sebelum bayang tiang ini berpindah ke sebelah timur adalah menandakan waktu istiwa.

Stesen rujukan di bumi adalah ditetapkan berdasarkan satu sistem koordinat geografi yang parameternya ialah latitud (garis lintang) dan longitud (garis bujur).

1- Waktu Zohor

Masuk waktu solat Zohor adalah ketika matahari gelincir ke arah barat daripada kita iaitu ketika pinggir timur matahari melintasi Meridian Samawi Tempatan.

2-Waktu Asar

Mengikut Mazhab Shafie, masuknya waktu solat Asar adalah apabila panjang bayang sesuatu tiang melebihi panjang tiang tersebut. Secara fizikal, waktu Asar boleh ditentukan dengan menggunakan tiang tegak yang sama dengan yang digunakan pada waktu istiwa.

Waktu Asar bermula apabila panjang bayang yang ditunjukkan oleh tiang tegak melebihi ukuran tiang itu sendiri dan dicampurkan dengan panjang bayang sewaktu istiwa.

3- Waktu Maghrib

Mengikut hukum fekah, masuknya waktu solat Maghrib adalah apabila semua badan matahari terbenam di bawah ufuk barat.

4- Waktu Isyak

Menurut syarak, masuknya waktu solat Isyak adalah apabila mega merah di ufuk barat hilang.

5- WaktuSubuh

Awal waktu solat Subuh mengikut syarak adalah bila fajar benar (sadiq) terbit di ufuk timur.

Pada waktu Ini Mudah Untuk Mengetahui Waktu Solat
Kesimpulanya, untuk mengetahui sama ada sudah masuk masa solat atau belum bukanlah satu perkara yang sukar.

Terutama sekalai pada zaman teknologi sekarang, kerana pada masa kini sudah banyak aplikasi waktu solat telah di wujudkan.

Aplikasi ini di cipta untuk memudahkan umat islam untuk menunaikan solat terutama sekali apabila kita berada di luar dari negara kita. Jadi,

gunakan segala kemudahan yang ada ini untuk kita solat pada wal waktu. Tidak ada alasan untuk kita tidak menunaikan solat walaupun kita sedang bercuti.